BERHARI RAYA DI RANTAU ORANG: DI SAAT BAHAGIA KAMI TERHARU….
Oleh A.F.YassinPertama kali takbir Aidilfitri bergema jam 6.50 waktu setempat lewat Radio Aingapura yang kami dengar jelas di Kota Bandung. Kami bertiga terus terhenti berbuka puasa. Antara Radzi Sudin, mohd. Desa Ali dan saya sendiri terus saling berpandangan. Seolah antara kami itu menerusi bola mata nan hitam masing-masing terlihat kampung yang ditinggalkan, sanak famili yang turut merayakan lebaran di tanah air. Seolah mereka menggamit kami pulang.
Bagi Radzi, ini tahun ketiga dia merayakan Aidilfitri di tanag seberang, sementara mohd. Desa dan saya pertama kali. Inilah yang mengharukan. Kami terus berpandangan, kaku tidak berkata sedangkan makanan di meja tetap tidak dijamah lagi. Titik-titik air jernih mula berkumpul di kelopak mata.
Dan
petang itu berlalunya Ramadhan yang se;ama sebulan disambut dengan
puasa, memberikan jalan kepada Syawal yang datang untuk disambut penuh
kegembiraan.
Begitulah kami bertiga. Ia adalah gambaran dari lebih 80 orang mahaiswa Malaysia di Bandung, dan beratus-ratus lagi di kota-kota pelajar yang lain yang menyambut kedatangan Syawal yang mulia. Bagi kami, Radio Malaysia dan Radio Singapura menjadi “teman paling akrab” di saat-saat mengharukan ini.
Di Pusat Pelajar Malaysia di Jalan Sulanjana malam itu kami sambut dengan kepulan asap
yang memenuhi ruang sekitaran. Sebentar kami mendengar suara riuh di
kawasan belakang bangunan. Suara lelaki perempuan dengan ketawa riang.
Hilaian yang sebenarnya terasa seperti dibuat-buat.
Lho!
Ada orang sedang pesta, menyediakan persiapan terakhir menyambut raya.
Beberapa orang sedang mengipas-ngipas untuk membakar satey, dan di satu
sudut beberapa orang mahasiswa perempuan sedang menguli tepung untuk dibikin kek.
Radzi ditugaskan menyiapkan ketupat sedangkan Mohd. Desa mahasiswa dari Kedah itu ditugaskan
menyiapkan korma dan kari daging.Saya tidak bisa masak dan Cuma akan
menolong rencam sana-sini. Yang lucunya, setelah semuanya disiapkan
ialah warna ketupat yang sudah direbus. Dari beras putih sputih sabun
waktu mula direbus sudah bertukar menjadi kekuningan bila masak. Entah kenapa, mungkin kurang lama direbus daunnya namun kami kurang mengerti.
Namun ketupat tetap ketupat dan ketiga-tiga puluh biji yang kami sediakan itu
kami gantung I dapur seperti yang lazimnya dibuat orang. Sepulangnya
kami dari Pusat Pelajar Malaysia , kami cuba menghabiskan waktu malam
yang panjang dengan dengan memaparkan pengalaman masing-masing di saat-saat bersama keluarga di tanah air.
Tiga orang lagi mahasiswa datang menziarahi
kami malam itu. Mereka juga merupakan mahasiswa yang oertama kali
merayakan Aidilfitri di rantau orang. Tidak pasti vila kami tidur kerana waktu kami bangun hari sudah jauh tinggi. Kerana kesiangan demikian kami tidak dapat menunaikan sembahang Aidilfitri seperti yang kami cita-citakan kelmarinnya. Juga
kami tidak dapat bersama-sama menghadiri pertemuan Hari Raya antara
mahasiswa-mahasiswa Malaysia di sekitar Bandung di Pusat Pelajar.
“Nonton yok!” Tiba-tiba Radzi mengesyorkan.
“Yok!” jawab kami secara bersenda. Sebabnya selama ini kami tidak terfikir untuk menonton di pagi raya. Tidak sekali waktu lebaran di tanah air.
Akhirnya, kami menuju panggung. Ketika itu saya teringat kembali ketika masih menjadi anak-anak dahulu bila mana pada Hari Raya pertama kami menunggu saat untuk terus
ke panggung menonton. Keluar panggung, kami melihat di sekitar kebun
binatang di pekarangan luar kampus Institiut Teknologi Bandung (ITB).
Ratusan ,malah ribuan manusia sedang berasak-asak ingin masuk zoo.
Malam pertama raya kami berkesempatan mengunjungi ibu kost yang berasal dari Padang. Wajah ibu malam itu kelihatan riang yang sungguh luar biasa. Berbeza sekali dengan lain-lain malam yang pernah kami temui. Namun memang beralasan untuk ibu berwajah riang malam itu. Keenem-enam anaknya pulang semua, yang tua membawa cucunya dua orang. Semuanya dari Jakarta.
Pada hari-hari lain, ibu kost sering berseorangan. Dia hanya bertemankan seorang pembantu rumah yang sudah tua. Ibu ibarat sekor
burung yang baru lepas darai sangkar, terbang sesuka hati,
mengicap-ngicap lepas. Kami mengingatkan keluarga di tanah air lagi.
Apakah ibu dan bapa serta adik-adik, isteri dan anak sedang berwajah ria
seperti ibu ini tanpa kepulangan kami? Waktu itu Radio Malaysia
terus-terusan memainkan lagu-lagu Aidilfiri!
(Dipetik daripada akhbar Utusan Malaysia, 6 Oktober 1976.)
Tuesday, 12 June 2012
PERANAN ULAMA DI ALAM MELAYU & HUBUNGAN MALAYSIA-INDONESIA...
Kunjungan Hormat PAPTI ke Universitas Gajah Mada di Yogyakarta 1980. Rombongan dipimpin Prof. Abu Bakar Hamid.
Panita Teromba Keturunan Rawa Setanah Melayu bergambar ramai di Fakultas Ilmu Pengetahuan Budaya di Sumatera 2010.
PAPTI
8 Teromba ar rawi 7 jan 2010 BLOG PANITIA TEROMBA KETURUNAN RAWA
SETANAH MELAYU - WADAH PERKONGSIAN MAKLUMAT - HUBUNGI PANITIA MELALUI
EMEL: ariselba@yahoo.com.sg ATAU MELALUI TELEFON 012-9880490
Khamis,
7 Januari 2010Peranan Ulama Silam Dalam Mempererat Hubungan Masyarakat
di Kepulauan Nusantara: Tinjauan Indonesia dan Malaysia
Peranan Ulama Silam Dalam Mempererat Hubungan Masyarakat di Kepulauan Nusantara: Tinjauan Indonesia dan Malaysia [i]
Afriadi Sanusi [ii]
Abstrak
Hubungan
benci-benci tapi rindu antara Indonesia-Malaysia kebanyakannya
disebabkan oleh kepentingan dan keadaan politik semasa. Walaupun
hubungan Indonesia-Malaysia mengalami masa “masam-masam manis”, namun
hubungan kekeluargaan dan se-Islam nampaknya tidak begitu tercabar oleh
pasang surutnya hubungan kedua-dua negara. Ukhuwah Islamiah yang dibawa
dan disebarkan oleh para ulama Nusantara, memiliki ikatan yang kukuh dan
terjalin dengan baik hingga saat ini. Waktu itu Ulama memiliki status
dan kedudukan yang tinggi, terpandang dan dihormati. Sejarah mencatatkan
beberapa nama besar tokoh-tokoh ulama melayu silam yang “dimiliki
secara bersama” oleh umat Islam di kepulauan Nusantara ini. Mereka
berdakwah tanpa mengenal batas sempadan wilayah, sosial, budaya, politik
dan ekonomi ketika itu. Kertas kerja ini akan membahaskan tentang; apa
dan bagaimana peranan ulama silam dalam mempererat tali persaudaraan di
Nusantara, Siapa saja ulama itu dan apa kesannya hingga saat ini.
Kepulauan Melayu Sebelum Kemerdekaan
Orang
Melayu merujuk kepada mereka yang bertutur bahasa Melayu dan
mengamalkan adat resam orang Melayu. Perkataan Melayu berasal daripada
nama sebuah anak sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang
Hari, Sumatera. Di sana letaknya Kerajaan Melayu sekitar 1500 tahun
dahulu sebelum atau semasa adanya Kerajaan Sriwijaya. Sehubungan itu,
dari segi etimologi, perkataan "Melayu" itu dikatakan berasal daripada
perkataan Sanskrit "Malaya" yang bermaksud "bukit" ataupun tanah tinggi.
Istilah "Melayu" ditakrifkan oleh UNESCO pada tahun 1972 sebagai suku
bangsa Melayu di Brunei, Filipina, Indonesia, Madagaskar, Semenanjung
Malaysia dan Selatan Thailand.
Kepulauan
Melayu, Nusantara dan Asia Tenggara adalah istilah yang biasa digunakan
oleh para ilmuan yang merujuk kepada tempat yang sama. Penulis kurang
suka menggunakan istilah Indonesia dan Malaysia dalam kertas kerja ini,
kerana ia berkonotasi politik. Sementara makalah ini banyak membicarakan
perkara sebelum adanya istilah nama kedua-dua negara tersebut. Di sisi
lain, terbentuknya negara Indonesia-Malaysia menjadi faktor penyebab
yang membuat hubungan persaudaraan dan se-Islam antara kedua negara
menjadi semakin renggang yang disebabkan oleh kepentingan politik dan
fahaman nasionalisme yang sempit.
Sejarah
pernah mengenal kerajaan Iskandar Muda (1607-1936) yang kekuasaannya
meliputi Deli, Johor, Bintan, Pahang, Kedah sampai ke Semenanjung
Melaka. Sejarah pula pernah mencatatkan sebuah kerajaan Melayu yang
bernama Riau Lingga yang kekuasaanya meliputi Riau, Johor dan Pahang
(abad ke 19). Dan sampai sekarang terdapat ikatan kekeluargaan yang kuat
antara keluarga di Raja Riau, Bugis, Betawi, Johor, Pahang, Selangor,
Jambi, Minangkabau, Negeri Sembilan dan sebagainya
Hijrah
bererti Pindah. Hijrah merupakan satu cara yang dilakukan oleh para
nabi untuk melepaskan diri dari alam kebatilan dan kerusakan menuju
kebaikan dan kehidupan yang lebih baik. Hijrah pernah dilakukan oleh
Nabi Muhammad SAW. Sebanyak dua kali, pertama ke Tha`if dan kedua ke
Madinah. Hijrah tidak berarti lari dari masalah, tetapi menyusun
strategi baru untuk menuju ke langkah selanjutnya yang lebih baik.
Hijrah adalah sunnah yang harus ditempuh oleh setiap umat Islam disaat
mereka menemukan hambatan spritual, ekonomi, sosial di tempat asalnya
dan melihat ada peluang yang lebih baik ditempat lain. Hijrah dilakukan
kerana dorongan iman atau percaya bahawa bumi Allah itu sangat luas.
Maka dari itu konsekwensi dari berhijrah adalah iman dan berjihad, yakni
memperjuangkan apa yang dipercayai itu.
Menurut
Datuk Dr Muhammad Rais Abdul Karim, penghijrahan orang Sumatera ke
tanah Melayu telah berlaku zaman berzaman dan jauh sebelum kedatangan
Barat menjajah tanah Melayu. Ini bererti berbeda dengan kedatangan kaum
China dan India ke tanah Melayu yang dilakukan atas keinginan dan
keperluan penjajah. Penghijrahan masyarakat dari satu tempat ke tempat
lain di Alam Melayu adalah perkara yang biasa berlaku jauh sebelum
kemerdekaan lagi.
Di
waktu itu Nusantara tidak dibatasi oleh sempadan dan batasan. Bahkan
penghijrahan dari satu tempat ke tempat lain dalam wilayah Nusantara
biasanya di alu-alukan dan disambut bagaikan menyambut sang pahlawan.
Ini kerana setiap negeri memerlukan orang ramai untuk membuka
tapak-tapak pertanian yang baru untuk menukar hutan belantara menjadi
perkebunan, morodah segala macam bahaya untuk mencari sumber kehidupan.
Setiap negeri memerlukan ramai penduduk untuk meramaikan negeri dan
menjaga keselamatan negeri. Ini juga kerana yang hijrah dan yang
menerima penghijrahan itu memiliki identiti yang sama. Kesamaan dari
segi alam, ekonomi, politik, sejarah masa lalu, bentuk tubuh, warna
kulit, budaya, bahasa, agama dan berbagai-bagai kesamaan lainnya membuat
mereka merasa bersaudara antara satu dengan lainnya. Belum ada sistem
pasport, visa dan fiskal ketika itu. Asia Tenggara pula pernah menjadi
sebuah kesatuan disaat permukaan air laut turun.
Konflik Indonesia-Malaysia Pasca Kemerdekaan
Penulis
melihat ada empat penyebab utama merenggangnya hubungan antara
Indonesia-Malaysia pasca kemerdekaan. Iaitu disebabkan oleh rasa
nasionalisme yang sempit dan kepentingan politik sesaat. Antara lain
adalah; 1. Konfrontasi, 2. Gerakan Reformasi mahasiswa 1998, 3. Isu
tenaga kerja Indonesia di Malaysia dan 4. Pertindihan tuntutan. Secara
ringkas akan penulis kemukakan satu persatu iaitu;
1. Konfrontasi
2.
Konfrontasi antara Indonesia-Malaysia tahun 1963-1966 adalah idea yang
dicetuskan oleh Soekarno. Disamping ada alasan lainnya, menurut penulis,
ide itu bertujuan untuk mengembalikan populeriti Soekarno dimata
rakyat. Ketika itu beliau tidak lagi mendapatkan sokongan padu dari
tentera dan Masyumi sebagai parti yang sangat berpengaruh ketika itu.
Gerakan ganyang Malaysia akan membangkitkan rasa nasionalisme yang
akhirnya meningkatkan lagi populeriti dan sokongan rakyat kepada
Soekarno. Ini terbukti kerana kebanyakan yang terlibat dalam konfrontasi
itu adalah rakyat banyak dan bukannya tentera. Strategi ini juga
nampaknya dipakai oleh Abdullah Ghul di Turki dengan menyerang puak
Kurdis dan Perdana Menteri Thailand dengan membunuh tentera Kemboja yang
menjaga perbatasan. Waktu itu media Indonesia dan Malaysia berperang
habis-habisan dan terkadang sampai ke tahap yang tidak masuk akal sama
sekali.
3. Gerakan reformasi
4.
Reformasi mahasiswa tahun 1998 di Indonesia telah berjaya menjatuhkan
kepimpinan rejim diktator Soeharto bersama Orde Barunya. Rejim ini telah
berkuasa selama 32 tahun dengan menyalahgunakan kekuatan tentera,
fasiliti negara dan swasta lainnya untuk kepentingan status quo.
Peristiwa ini dalam pengamatan penulis telah membuat kerajaan Malaysia
mengambil kebijakan melakukan “perang dingin” secara besar-besaran
kepada Indonesia melalui senjata media. Adanya penyaringan ketat atas
setiap berita yang datangnya dari Indonesia, berlakunya
larangan-larangan tidak rasmi terhadap aktivis gerakan reformasi untuk
mengunjungi Malaysia seperti yang dialami oleh Amin Rais sebagai bapa
reformasi Indonesia dan Adnan Buyung Nasution. Hubungan kedua negara
kembali agak renggang, berlakunya serangan media secara besar-besaran
dari pihak Malaysia terhadap negara dan warganegara Indonesia.
matlamatnya adalah kerajaan Malaysia takut gerakan reformasi 1998 di
Indonesia akan memberi ilham kepada rakyat Malaysia khasnya mahasiswa
untuk melakukan demonstrasi menggulingkan kerajaan BN.
3. Tenaga kerja Indonesia (TKI)
Warganegara
Indonesia yang bekerja di Malaysia saat ini berjumlah lebih 2 juta
orang, baik yang legal mahupun yang illegal. Seperti yang dilaporkan
oleh Nasrullah Ali Fauzi dari Kedutaan Republik Indonesia, Kuala Lumpur.
Berlaku pemberitaan secara besar-besaran terhadap setiap kesalahan yang
dilakukan oleh rakyat Indonesia di Malaysia. Kalau pelaku kejahatan
adalah WNI, maka akan diberitakan di muka hadapan akhbar harian dengan
menyebutkan RAKYAT INDONESIA dengan menggunakan huruf besar. Tetapi
kalau warga negara lain yang melakukan kejahatan di Malaysia, maka
dibahagian dalam akhbar dengan tajuk yang kecil disebut “rakyat asing.”
tanpa menyebut nama negara asalnya. Padahal hasil pengamatan Persatuan
Pelajar Indonesia, di ibu pejabat polis Bukit Aman tahun 2004, kadar
jenayah yang dilakukan oleh warganegara Indonesia sangat sedikit bila
dibandingkan dengan kadar peratusan jenayah yang dilakukan oleh rakyat
malaysia dari bangsa lain seperti India, China, Melayu dan sebagainya.
Nasib
pemberitaan yang kurang adil dan tidak seimbang oleh media Malaysia ini
juga nampaknya dialami oleh negeri yang diperintah oleh parti oposisi
seperti Kelantan. Setiap kejahatan, kemiskinan, pengangguran, penagihan
dadah, gejala sosial dan perkara negatif lainnya akan dibesar-besarkan
oleh media. Penulis telah berkunjung ke beberapa buah negeri di Malaysia
seperti WP, Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Pahang,
Johor dan sebagainya. Tujuannya untuk melihat secara langsung keadaan
sosial, ekonomi dan budaya masyarakat tempatan untuk mengimbangi
pemberitaan media semasa yang ada.
Dalam
pengamatan penulis Isu ini sengaja diperbesar oleh media, dan dijadikan
sebagai kambing hitam politik oleh penguasa. Pemberitaan media secara
besar-besaran terhadap tenaga kerja Indonesia di Malaysia biasanya akan
berlaku setiap kali menjelangnya pilihan raya umum di Malaysia. Gerakan
itu juga nampak ketara semenjak berkurangnya pengaruh Barisan Nasional
yang mula di cabar oleh parti oposisi. Dalam hal ini kerajaan menjadikan
isu tenaga kerja Indonesia di Malaysia sebagai kambing hitam politik.
Dalam berbagai media ahli politik Malaysia sering mengungkapkan
kata-kata “Marilah kita terus mendukung kerajaan di bawah kepimpinan
parti kerajaan (BN) sekarang ini yang telah berjaya memakmurkan rakyat
Malaysia. Lihatlah rakyat negara lain, mereka terpaksa datang bersusah
payah untuk bekerja dan mencari makan dinegara kita...”.
Ibarat
gayung bersambut media pula menjadi kepanjangan tangan dalam
memberitakan tentang TKI secara besar-besaran dalam berbagai kesempatan
seperti acara 999, Siasat, Tiada sempadan, siaran berita dan sebagainya.
Kedatangan rakyat Indonesia ke Malaysia bukan sepenuhnya kerana kerja
yang tidak ada, tanaman yang tidak berbuah, nelayan yang tidak mendapat
ikan di Indonesia. Tetapi lebih kepada kerana tingginya nilai Ringgit
bila ditukarkan ke Rupiah. Nilai ringgit Malaysia kalau ditukar dengan
rupiah akan menjadi tinggi (Saat ini RM 1 = Rp. 3000). Perbandingan ini
hampir sama dengan nilai dolar Singapura bila ditukar dengan ringgit
Malaysia. Ini juga membuat ramai rakyat Malaysia yang bekerja di
Singapura.
5. Sengketa Sipadan, Ligitan, dan Ambalat
6.
Sengketa Sipadan, Ligitan, Ambalat dan sebagainya menurut penulis
sengaja dibesar-besarkan oleh media Indonesia dan ia adalah isu politik
dalam rangka meningkatkan populeriti pemerintah menjelang pilihan raya
Indonesia dan untuk menaikkan kembali nama tentera Indonesia yang
tercalar di mata rakyat semenjak dijatuhkannya orde baru pada 1998.
Rakyat dibuat marah karena dipanaskan oleh media massa, mereka melakukan
demonstrasi di kedutaan Malaysia dan sebagainya sehingga rakyat lupa
bekerja untuk menghidupi keluarga mereka. Padahal apa yang mereka
lakukan adalah kewajiban dan tugas pemerintah (Departemen Luar negeri)
yang setiap tahun menghabiskan anggaran belanja Negara yang banyak dan
mereka digaji dari wang rakyat.
Rakyat
yang sudah menderita disuruh pula memikirkan pekerjaan pemerintah yang
memang sudah ada gaji untuk melakukan pekerjaan itu. Pemberitaan secara
besar-besaran mengenai sengketa pulau Ambalat di Indonesia jelas
menguntungkan Presiden SBY sebagai calon Presiden yang berasal dari
tentera. Seolah-olah media ingin memberi pengertian kepada rakyat
Indonesia, agar terus memilih tentera sebagai Presiden agar batas
wilayah NKRI tidak hilang seperti yang berlaku pada masa kepemimpinan
sivil Habibi dan Megawati. Dalam kasus ini nampaknya media Indonesia
melakukan serangan sepihak tanpa dilawan oleh media Malaysia.
Hubungan Kekeluargaan dan Ukhuwah Islamiyah
Hubungan
non politik yang telah berjalanan ribuan tahun lamanya di kepulauan
Nusantara dan jauh sebelum lahirnya negara Indonesia-Malaysia dapat
digolongkan kepada dua bagian iaitu; 1. Hubungan kekeluargaan dan 2.
Hubungan se-Islam.
A. Masyarakat Rao Malaysia Sebuah Perbandingan
Hubungan
kekeluargaan dapat dilihat dari hubungan darah, persemendaan, hubungan
suku kaum, dan adat budaya. Hubungan kekeluargaan yang baik antara
Malaysia-Indonesia saat ini dapat dilihat dari lahirnya berbagai-bagai
organisasi berdasarkan suku kaum yang ada di Malaysia, seperti Persatuan
masyarakat Banjar, Boyan, Bugis, Jawa, Kampar, Kerinci, Mandailing,
Minangkabau, Rao, Johor, Riau dan sebagainya. Cukup ramai yang penulis
jumpai, orang Malaysia datang ke Indonesia dan orang Indonesia datang ke
Malaysia semata-mata bertujuan untuk mengunjungi sanak saudaranya.
Penulis sendiri memilih belajar di Malaysia kerana ayah penulis lahir di
Malaysia dan mempunyai ramai sanak saudara di sini. Sebagai
perbandingan penulis akan menceritakan tentang keturunan keluarga Rao di
Malaysia secara ringkas;
Berbicara
tentang penghijrahan masyarakat Rao ke tanah melayu, jangan dibayangkan
dengan keadaan Malaysia yang sekarang ini. Ini karena menurut Jaringan
Anak Rao Malaysia (JARO) yang bertugas mengumpulkan salasilah masyarakat
Rao Malaysia, orang Rao telah datang ke tanah Melayu bermula semenjak
abad ke 5 Masehi lagi. Penghijrahan secara besar-besaran bermula
semenjak abad ke 16, 17 dan abad 18. Data itu juga didukung oleh Tengku
Lukman Sinar, seorang sejarawan yang berasal dari Rao yang sekarang
berada di Medan. Menurutnya Orang Rao dan Kampar dulunya menetap di
Sungai Itek Gopeng Perak, Mantin Negeri Sembilan dan Raub Pahang pada
abad ke 16.
Ini
bermakna bahawa keadaan Malaysia sekarang sangat berbeda dengan keadaan
dizaman dulu. Belum ada jalan raya, KLCC, KLIA, Sepang dan bangunan
tinggi lainnya. Belum ada Malaysia dan Indonesia ketika itu, sebab
Indonesia merdeka pada 17 Ogos 1945 dan Malaysia merdeka pada 31 Ogos
1957. Belum ada negara yang namanya Indonesia dan belum lahir kerajaan
yang bernama Malaysia ketika masyarakat Rao datang ke Tanah Melayu waktu
itu. Keadaan dizaman itu sangat berbeda dengan keadaan Malaysia saat
ini.
Orang
Rao pula tidak tinggal diperkampungan orang-orang tempatan, tetapi
menetap dan membuka penempatan baru yang belum diterokai dan belum
berpenghuni lagi. Membuka hutan, meredah denai, menyuluh arah, jalan
beliku menurut lagu sekondakhati. Sejarah juga mengatakan bahawa
masyarakat Rao menjadi pengasas perkampungan baru dan sebagai peneroka
awal di beberapa tempat tanah Melayu. Ia tidak sama dengan masyarakat
Felda yang diberi berbagai-bagai kemudahan untuk meneroka perkampungan
dan lahan pertanian. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kelang sahaja
memakan masa 10 sampai lima belas hari lamanya.
Rao
yang dimaksudkan dalam tulisan ini adalah daerah rawa-rawa yang
meliputi berbagai-bagai daerah yang luas seperti Panti, Padang Gelugor,
Sungai Ronyah, dan sebagainya yang terletak di pulau Sumatera. Di
sebelah Utara, Rao bersempadan dengan Sumatera Utara, di sebelah Timur
bersempadan dengan Riau Daratan, di Selatan, bersempadan Minangkabau
manakala di sebelah Barat, terbuka dengan Selat Mentawai yang secara
geografi membentuk permukaan bumi di daratan pulau Sumatera.
Menurut
Arisal, salah seorang keturunan dan pengkaji Rao Pahang mengatakan;
orang Rao telah datang ke Tanah Malayu bermula abad ke 5 Masehi lagi,
terdiri daripada golongan petani dan pemburu emas. Tanah Melayu ketika
itu terkenal dengan Semenanjung emas. Mengikut sejarah, suku kaum Rao
yang mula-mula sekali berhijrah ke Tanah Melayu ialah golongan petani.
Ini berlaku sekitar abad ke 5 Masehi. Faktor perdagangan bebas semasa
zaman Kesultanan Melaka di abad ke 15 Masehi telah menggalakkan Iebih
ramai kaum Rao merantau, berdagang dan bermastautin di Tanah Melayu.
Penghijrahan masyarakat Rao pula adalah penghijrahan melalui proses
hijrah semula jadi kerana adanya persamaan sejarah, antropologi,
linguistik dan budaya antara masyarakat Rao dengan masyarakat tempatan.
Masyarakat rumpun Melayu pula memiliki adat kebiasaan merantau untuk
mempertingkatkan imeg, status, taraf sosial dan ekonomi individu dan
masyarakat.
Penghijrahan
beramai-ramai suku kaum Rao ke Tanah Melayu berlaku semasa Perang Padri
(1816-1833) di Indonesia semasa zaman pemerintahan penjajah Belanda.
Sebahagian besarnya terdiri daripada golongan istana, para ulama,
cendekiawan, pendekar, panglima dan sebagainya. Masyarakat suku kaum
Melayu Rao (Rawa) telah berhijrah ke Malaya mulai abad ke lima lagi.
Perkampungan Rao banyak terdapat di Perak, Negeri Sembilan, Pahang,
Selangor dan Kelantan. Nama-nama kampong mereka dibawa dari nama kampong
yang terdapat di Rao sendiri. Dalam kehidupan keseharian mereka, suku
kaum ini masih mempertahankan bahasa, adat istiadat, budaya dan hubungan
kekerabatan dengan kampong asal nenek moyang mereka di Rao
Faktor
penghijrahan besar-besaran adalah disebabkan Rao ditakluk oleh Belanda
pada tahun 1833. Faktor penghijrahan lainya adalah disebabkan meletusnya
perang saudara antara Pemerintahan Revolusioner Republik Indonesia
(PRRI) dengan tentera pusat di Sumatera Barat pada 15 Februari 1958, dan
Rao adalah kubu terakhir PRRI ketika itu. Usaha menyatukan kembali
keluarga masyarakat Rao yang terpisah-pisah diserata dunia ini telah
dilakukan dengan mendirikan Ikatan Keluarga Besar Rao (IKBR) di Medan,
Jakarta dan berbagai-bagai tempat di Indonesia. Usaha serupa juga
dilakukan di Malaysia dengan mendirikan persatuan Jaringan anak Rao
Malaysia (JARO) yang dimulai di Pahang dan dilanjutkan di Perak. Bentuk
aplikasi hubungan baik masyarakat Rao Malaysia dapat dilihat dari
kunjungan Pada 26 februari 2002. Seramai 42 orang keturunan Rao Pahang
telah berkunjung ke Rao dalam rangka mencari susur galur silsilah
keturunan dan sanak saudara mereka disana.
Pada
27 November 2008 seramai 45 ahli Jaringan Anak Rao (JARO) telah
berkunjung pula ke sana. Acara ini telah disambut secara besar-besaran
di Rao tanah asal mereka dengan tangisan bahagia dan rindu kerana hanya
dapat berjumpa setelah terputus bergenerasi lebih 200 tahun lamanya.
Kunjungan individu, keluarga, penyelidik dan berbagai-bagai kunjungan
lainnya juga banyak dilakukan selain kunjungan rombongan yang
diungkapkan di atas. Pada bulan November 2009 nanti pula seramai 45
orang Rao akan berkunjung ke Rao dalam rangka tujuan yang sama. Walaupun
yang dapat berjumpa itu ada yang 3 pupu dan 4 pupu, namun tali
persaudaraan ibarat menebas air yang tak akan putus oleh perbedaan
negara, aliran politik dan fahaman nasionalisme sempit.
B. Peranan Ulama dalam Mempereratkan Hubungan Masyarakat di Nusantara
Dalam
sejarah kita mengenal beberapa ulama yang menyebarkan ajaran Islam di
Semenanjung Malaysia yang berasal dari suku Melayu Banjar, Bugis,
Mandailing, Minangkabau, Rao/Rawa, Johor, Riau dan sebagainya. Sebagai
tokoh, mereka ini tentu sahaja memiliki pengaruh yang tiada terhingga di
Malaysia hingga saat ini. Mereka melahirkan keturunan yang ramai dan
berpengaruh, mereka meninggalkan ajaran, karya tulis dan murid-murid
yang setia dan mereka meninggalkan jasa yang tidak terhingga nilainya.
Wan Muhammad Shagir menuliskan beberapa orang ulama yang berasal dari
suku kaum Melayu yang ikut aktif dalam penyebaran Islam di dunia Melayu,
sebahagian dari mereka ialah:
1. Peranan Ulama Rao
Syeikh
Muhammad Murid Rawa. Beliau ialah datuk nenek beberapa orang tokoh
terkemuka di Malaysia, antaranya Tun Dr. Hamdan Syeikh Tahir, bekas Yang
Dipertua Pulau Pinang.Abdullah Nordin Ar-Rawa. Syarikat percetakan yang
beliau dirikan bernama Mathba'ah Persama telah banyak berjasa kepada
dunia keilmuan di tanah Melayu. Syarikat ini kemudiannya diuruskan oleh
anaknya iaitu Haji Yusuf Rawa. Hingga kini syarikat tersebut masih
beroperasi di Jalan Kampung Jawa, Bayan Baru dikenali sebagai Safir Ilmu
Enterprise diurus oleh cucu Haji Abdullah Nordin sendiri iaitu Mujahid
bin Yusuf ar-Rawa. Daripada percetakan tersebutlah bermula penggunaan
istilah Rawa khususnya terhadap aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan
percetakan serta penerbitan kitab. Dari mathba'ah tersebut melibatkan
sumbangan masyarakat berketurunan Rao atau Rawa yang menetap di
Semenanjung Tanah Melayu didokumen dalam bentuk cetakan nama pada
kitab-kitab.
Haji
Yusuf Rawa. (1922- 2000 M). Beliau pernah menjadi wakil Malaysia ke
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menjadi duta Iran, Iraq,
Afghanistan dan Turki. Syeikh Muhammad Murid Rawa. Syeikh Abdullah
Mirdad Abul Khair menyebut bahawa Syeikh Muhammad Shalih Rawa memperoleh
dua anak iaitu Ahmad dan Muhammad. Ada pun Ahmad itu anaknya ramai,
mereka melibatkan diri dalam pengurusan jemaah haji. Salah seorang
Syeikh Haji pada beberapa waktu yang lalu bernama Syeikh Jamal Rawa
dipercayai adalah keturunan Syeikh Muhammad Shalih Rawa yang
diriwayatkan ini. Tahun wafat Syeikh Muhammad Shalih Rawa dalam
lingkungan tahun 1272 H/1856 M. Beliau meninggal dunia di Mekah dan
dikebumikan di perkuburan Ma’la, Mekah.
Tuanku
Tambusai (1784-1882 M). Walaupun Tuanku Tambusai berasal dari Melayu
Riau, namun penulis memasukkan namanya di sini kerana beliau adalah
murid dan teman seperjuangan Tuanku Rao melawan Belanda. Banyak pengikut
Tuanku Tambusai adalah orang Rao. Tuanku Tambusai adalah seorang ulama
dan pahlawan yang telah menyemaikan benih anti penjajah di tanah melayu.
Beliau terkenal dengan tiga serangkai pejuang bersama Tuanku Imam
Bonjol dan Tuanku Rao di Sumatera Barat. Kerana tidak mahu tunduk kepada
kehendak penjajah, akhirnya beliau terpaksa hijrah ke Negeri Sembilan
dan meninggal dunia di sana. Muhammad Shalih mendapat pendidikan awal
dan asas daripada ayahnya sendiri. Ketika Muhammad Shalih meningkat
dewasa beliau dihantar ke Rao yang lokasinya berdekatan dengan Tambusai.
Setelah mendapat pendidikan Islam di Rao dan Bonjol beliau lebih
dikenali dengan nama “Faqih Shalih”. Setelah itu Tuanku Rao dan Tuanku
Imam Bonjol menasihatkan supaya Faqih Shalih pergi haji ke Mekah untuk
mendalami ilmu di sana. Setelah kembali dari Mekah, Faqih Shalih lebih
dikenali "Haji Muhammad Shalih". Dan selanjutnya dalam Perang Imam
Bonjol atau Perang Paderi, beliau lebih dikenali sebagai "Tuanku
Tambusai". Tuanku Tambusai dan kawan-kawan bersamanya bergabung dalam
satu wadah yang dinamakan "Kaum Paderi" yang dipimpin oleh Peto Syarif
yang kemudian terkenal dengan sebutan Tuanku Imam Bonjol. Tuanku
Tambusai beliau telah diberi gelaran, ‘Pahlawan Nasional Republik
Indonesia’ dengan SK. No. 071/TK/Tahun 1995, Tanggal 7 Ogos 1995.
Mat
kilau (1865-1970M). Mat Kilau adalah pahlawan terkenal Malaysia. Nama
sebenarnya adalah Mat Kilau Bin Imam Perang Rasu Indera Gajah Pahang.
Menurut Zaffuan Haji Manaf, Mat Kilau adalah cucu kepada Tengku Ali atau
Tok Shaharom yang dikatakan berasal dari daerah Rao Tanjung Durian
Sumatera Barat.
Imam
Ishak Rawa (1908-1992). Nama lengkap beliau mengikut salasilah ayahnya
ialah Tuan Guru Imam Tengku Haji Ishak bin Tengku Muhammad Arif bin
Tengku Tan Joleng Tujuan Saka Mas bin Tengku Merah Laut Silingkar Alam @
Limbang Laut keluarga Yang Dipertuan Muda Tanjung Alai, Mapat Tunggul,
Rao, Sumatera Barat. Keluarga tersebut ada pertalian dengan Syeikh
Muhammad Murid Rawa. Pada 1932 Tuan Imam Haji Ishak telah diberi tauliah
imam oleh Sultan Pahang Abu Bakar. Dalam usia 24 tahun, Tuan Imam Haji
Ishak telah diberi kepercayaan menjadi imam di Masjid Lechar, Raub,
Pahang Darul Makmur. Berbekalkan ilmu-ilmu keislaman yang dipelajarinya
dari para ulama yang dipercayai, Tuan Imam Haji Ishak berjaya
menyatupadukan penduduk di kampungnya. Seorang pengasas dan cikgu
sekolah di Pahang yang berasal dari Rao pula namanya di abadikan menjadi
nama sekolah hingga ke hari ini bernama Sekolah Kebangsaan Muhamad
Jabar Dong Raub.
2. Peranan Ulama Riau
Tengku
Ali Tengku Selat. (1869- 1955 M) lahir di Pulau Penyengat [iii] (Riau).
Wafat di Pulau Midai, Kepulauan Riau. Di dunia Melayu hanya beliau
seorang yang diberi gelar `Gembala Perniagaan Melayu' oleh pemerintah
Belanda ketika itu. Kemuncak niaga yang diusahakannya ialah Al-Ahmadiah
Press, 101 Jalan Sultan Singapura yang berjasa mencetak dan menerbitkan
pelbagai jenis kitab, buku, majalah dan lain-lain yang melibatkan
pelbagai disiplin keilmuan, budaya dan warisan Melayu dan Islam.
Raja
Ali Kelana. (w. 1927) Beliau ialah Yamtuan Muda ke-10, 1858 Masihi -
1899 Masihi). Bernama Kerajaan Riau-Lingga-Johor dan Pahang dan
takluknya. Mulai tahun 1844 Masihi sampai tahun 1911 Masihi bernama
Kerajaan Riau-Lingga dan takluknya. Raja Ali Kelana wafat di Johor Bahru
pada 10 Jamadilakhir 1346 Hijrah/4 Disember 1927 Masihi. Pendidikan
asas Raja Ali Kelana dalam bidang Islam, bahasa Melayu, bahasa Arab,
adat istiadat kebangsawanan Melayu dan undang-undang kepemerintahan
adalah diperoleh di Riau dan dilanjutkan di Mesir. Kejatuhan perniagaan
dan termasuk tekanan pihak penjajah Belanda terhadap Raja Ali Kelana
merupakan sebab beliau pindah ke Johor. Di Johor beliau dilantik sebagai
Syaikhul Islam Kerajaan Johor.
Raja
Ali Haji. (1808-1873M.) Dilahirkan di Pulau Penyengat Indera Sakti yang
ketika itu menjadi pusat pemerintahan Riau-Lingga-Johor dan Pahang.
Ibunya, Hamidah binti Panglima Malik, Selangor. Namanya sangat terkenal
dalam bidang bahasa dan kesusasteraan Indonesia dan Malaysia. Nama
kerajaan Riau-Lingga-Johor dan Pahang bertambah masyhur dengan
kemunculan Raja Ali Haji dengan pelbagai karangannya yang bercorak
sejarah yang banyak dibicarakan oleh ahli bahasa dan sastera di
Nusantara, bahkan menjadi perhatian yang serius oleh orientalis Barat”.
Riau adalah pusat kebudayaan Melayu dan pusat perkembangan ilmu
pengetahuan keislaman yang tiada tolok bandingnya di kala itu. Kitab
karangannya “Gurindam Dua Belasnya” dan Kitab Salasilah Melayu dan Bugis
banyak dibicarakan. Kandungan Salasilah Melayu dan Bugis ialah
menceritakan asal usul keturunan Bugis di Luwu’ Sulawesi. Kemudian
kejayaan di dalam pengembaraannya di bahagian Barat Nusantara setelah
menghadapi pelbagai tentangan dan peperangan yang sangat hebat dan
secara berentetan. Mereka dapat berkuasa di Riau, Selangor, Mempawah,
dan tempat-tempat lainnya. Salasilah Melayu dan Bugis adalah sangat
penting untuk menyusun sejarah Riau, Kalimantan Barat, Sulawesi Selatan
dan Malaysia. Pengaruh Raja Ali Haji di alam melayu dapat dilihat dari
karya-karyanya, pemikiran dan ahli keluarganya yang menyebar di alam
melayu.
Raja
Haji Ahmad (1874-1963). Lahir di Pulau Penyengat Indera Sakti, bekas
pusat Kerajaan Riau-Lingga, Johor dan Pahang. Dan wafat di Pulau Midai
dekat Laut Cina Selatan. Susur galur Raja Haji Ahmad dari pihak sebelah
ayahnya adalah kaum raja-raja Riau-Lingga, Johor atau pun Selangor.
Beliau adalah seorang ulama yang hijrah bersama Sultan Melaka ke Batu
Sawar, Johor, selanjutnya ke Bintan, selanjutnya ke Minangkabau,
selanjutnya ke Kampar. Beberapa orang keturunannya berpatah balik ke
Johor, Pahang dan lainnya, ramai yang menjadi pembesar. Keturunan beliau
juga menjadi pembesar-pembesar dalam beberapa kerajaan Melayu, termasuk
Pontianak dan Cam yang menyatu dengan keturunan yang berasal dari
Patani.
Raja
Haji (1725-1784M). Raja Haji berperang melawan Belanda bermula di Riau
melalui Lingga, Rembau dan lain-lain di beberapa tempat dalam Negeri
Sembilan akhirnya tewas di Melaka sebagai seorang syahid fi sabilillah.
Raja Haji ialah pahlawan dunia Melayu yang terbesar atau teragung dan
terhebat yang memiliki daerah operasi di daratan dan maritim yang amat
luas. Raja Haji lahir di Kota Lama, di Hulu Sungai Riau, pada tahun 1139
H/1727 M dan wafat pada hari Rabu di Teluk Ketapang, Melaka, 19 Rejab
1198 H/8 Jun 1784 M. Raja Haji menyandang pelbagai gelaran yang
diberikan antaranya ialah Engku Kelana (1747M - 1777M), Pangeran
Sutawijaya, Yang Dipertuan Muda Riau-Johor IV (1777M - 1784M), Raja Api,
Marhum Teluk Ketapang, Marhum Asy-Syahid fisabilillah. Yang terakhir,
secara rasmi atas nama sebuah pemerintahan, Raja Haji dianugerahi
gelaran Pahlawan Nasional Indonesia memperoleh Bintang Mahaputera
Adipradana oleh Presiden Republik Indonesia di Jakarta pada 11 Ogos
1997. Tahun 1756M - 1758M Raja Haji bersama sepupunya Daeng Kemboja
memimpin Perang Linggi melawan Belanda. Perang Linggi melibatkan
pasukan-pasukan Melayu yang berasal dari Linggi, Rembau, Klang, Selangor
dan Siak. Raja Haji merupakan satu-satunya pahlawan Nusantara yang
pernah menjejak kakinya hampir ke seluruh negeri-negeri Melayu. Di
antaranya Terengganu, Pahang, Johor, Selangor, Kedah, Langkat,
Inderagiri, Jambi, Muntok/Bangka, Pontianak, Mempawah dan lain-lain.
3. Peranan Ulama Minangkabau
Ilyas
Ya’kub. (L. 1903M) lahir di Sumatera Barat, 1903. Beliau seorang ulama
alumni Mesir. Diangkat menjadi pahlawan kemerdekaan Republik Indonesia,
serta dianugerahi tanda kehormat Bintang Mahaputra Adipradana atas
jasanya mempertahankan prinsip-perinsip kemerdekaan dari ancaman
kolonialisme Belanda sekaligus menggerakkan kemerdekaan RI. Beliau
dibuang Belanda ke Digul serta beberapa tempat di Malaysia, Singapura,
Brunei, dan Australia. Pernah memimpin mahasiswa Malaysia-Indonesia di
Mesir, juga pendiri Partai Politik PERMI (Persatuan Muslimin Indonesia,
1932). Haji Ilyas Ya’kub di Mesir juga aktif menulis artikel dan
dipublikasi pada berbagai Surat Kabar Harian di Kairo. Bersama temannya
Muchtar Luthfi ia mendirikan dan memimpin Majalah Seruan Al-Azhar dan
majalah Pilihan Timur. Majalah Seruan Al-Azhar adalah majalah bulanan
mahasiswa sedangkan majalah Pilihan Timur adalah majalah politik. Kedua
produk jusnalistik ini banyak dibaca mahasiswa Indonesia – Malaysia di
Mesir ketika itu.
Haji
Utsman bin Abdullah (1850-1919). Ulama yang berasal dari Minangkabau
ini di antara orang yang pertama tinggal di Kuala Lumpur awal-awal
Bandar Kuala Lumpur diterokai. Beliau adalah Imam, Khatib dan Kadi Kuala
Lumpur yang pertama. Dilahirkan di Batu Sangkar, Minangkabau, Sumatera
Barat tahun 1267 H/1850 M. Wafat di Kuala Lumpur, 1337 H/Januari 1919 M.
Dimakamkan di Perkuburan Islam Ampang, bersebelahan dengan saudaranya
Syeikh Muhammad Saleh bin Abdullah al-
Minankabawi.
Pendidikan asas diperoleh di Batu Sangkar dan seterusnya dilanjutkan di
Mekah. Haji Abdullah Hukum murid beliau mencatatkan orang-orang kaya
yang berasal dari Minangkabau yang sezaman dengan Haji Utsman bin
Abdullah di Kuala Lumpur peringkat awal ialah Haji Abdus Samad, Haji
Abdul Majid Panjang, Haji Abdus Samad Panjang, Haji Abdus Samad Kecil,
Haji Muhammad Ali, Haji Utsman, Haji Zainal Abidin, Hajah Fatimah, Haji
Abdullah Panjang, Hasyim, Banginda Kaya Haji Arsyad dan Datuk Maharaja.
Dari kalangan orang Mandailing pula ialah Sutan Puasa. Orang Kerinci
ialah Haji Arsyad. Orang Melaka ialah Datuk Abdullah dan mentua Haji
Abdullah
Hukum.
Orang Pulau Pinang ialah Che' Din, Encik Baki. Orang Aceh ialah Haji
Saleh dan ada seorang orang Linggi. Orang Terengganu ialah Che' Soh.
Selain sebagai seorang Imam dan Khatib Kuala Lumpur, kadi, serta
terlibat sebagai seorang pengusaha, beliau juga giat mengajar. Di antara
muridnya ialah Sultan Abdus Shamad Selangor, Raja Mahmud, Sutan Puasa,
Haji Abdullah Hukum, dan ramai lagi. Sutan Puasa yang tersebut
diriwayatkan berasal dari Mandailing, Sumatera Timur, beliau adalah
Ketua Melayu (Dato' Dagang) yang pertama di Kuala Lumpur. Haji Utsman
bin Abdullah al-Minankabawi memperoleh 7 orang anak iaitu;
1.
Saodah binti Haji Utsman kahwin dengan Haji Abdur Rauf bin Syeikh Yusuf
al-Minankabawi. Syeikh Yusuf al-Minankabawi adalah seorang ulama besar
Minangkabau yang tinggal di Semenanjung. Salah seorang muridnya ialah
Syeikh Abdul Wahhab Rokan yang sangat terkenal.
2.
Haji Abdur Rahman bin Haji Utsman, salah seorang guru bahasa Melayu.
Beliau mendapat pendidikan bahasa Melayu di Penyengat, Riau. Tahun 1903
menjadi Pengawas Sekolah-Sekolah Melayu di Singapura. Salah seorang
muridnya ialah Tan Sri Mubin Sheppard. Haji Abdur Rahman bin Haji Utsman
meninggal dunia pada 6 Februari 1975 M.
Dari
maklumat anak-anak beliau yang tersebut di atas dapat diambil
kesimpulan bahawa ramai keturunan Haji Utsman bin Abdullah
al-Minankabawi tersebar di pelbagai negeri.
Haji
Muhammad Nur (1879-1943 M). Lahir di Sumatera Barat dalam tahun 1296
H/1879 M. Beliau meninggal dunia di Kampung Baru, Kuala Lumpur, pada
1362H/1943M,
dalam usia 65 tahun. Dikebumikan di Perkuburan Islam Ampang, Kuala
Lumpur. Haji Muhammad Nur mendapat pendidikan awal dari ayahnya sendiri
Ismail al-Minankabawi. Ayahnya termasuk salah seorang pembesar di
Kerajaan Langkat. Setelah banyak memperoleh ilmu dari ayah dan
ulama-ulama di Langkat, Haji Muhammad Nur dihantar ke Mekah untuk lebih
mendalami pelbagai bidang ilmu. Haji Muhammad Nur belajar di Mekah
sekitar 10 tahun dengan Ulama-ulama seperti Syeikh Wan Ahmad al-Fathani,
Syeikh Ahmad Khatib al-Minankabawi, Syeikh Ahmad bin Muhammad Yunus
Lingga, Syeikh Wan Ali Kutan, Syeikh Mukhtar bin `Atharid Bogor, dan
Syeikh Usman Sarawak. Selain mengajar di Langkat, setelah beliau pindah
ke Kuala Lumpur,
sahabatnya
Tengku Mahmud Zuhdi yang ketika itu sebagai Syeikh al-Islam Selangor,
memberi tugas kepada beliau mengajar di beberapa tempat di Kuala Lumpur
di antaranya di Masjid Jamik, di Kampung Baru, dan tempat-tempat
lainnya. Di antara sekian ramai muridnya yang sangat terkenal termasuk
tokoh besar Indonesia dan Malaya. Diantara keturunannya ialah; 1. Haji
Zainal Ariffin Abbas, 2. Al-Ustaz Haji Abdul Halim Hasan 3. Haji Abdul
Rahim Haitami 4. Syeikh Abdullah Afifuddi. 5. Tengku Amir Hamzah 6.
Tengku Fakhruddin, 7. Ulama-ulama di Sumatera Timur. Haji Muhammad Nur
juga menghasilkan beberapa buah karangan yang ditulis dalam bahasa
Melayu dan bahasa Arab. antaranya; 1. Ilmoe Tashauwoef, 2. Puasa.
Perkawinan Haji Muhammad Nur dengan Hajah Nafiah binti Haji Abdur Rauf
bin Tok Engku Syeikh Haji Muhammad Yusuf Minangkabau dikurniakan seramai
8 orang anak:
•
Muhammad Kamil, salah seorang pejuang kemerdekaan Indonesia dan Malaya.
Beliau pernah menjadi Ketua Umum Persatuan Indonesia Merdeka di Malaya
(1946 - 1948). Meninggal dunia di Kampung Baru, Kuala Lumpur, 1396
H/1976 M.
•
Hajah Halimah Nur, Pengasas Sekolah Taman Pendidikan Islam (TAPIS) di
Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Tokoh ini terkenal sekitar tahun 1950 an
hingga 1960 an. Meninggal dunia di Jakarta pada 1424H/2003M.
•
Abdullah Kamil, beliau ini juga seorang pejuang kemerdekaan. Beliau
bersama-sama dengan Ibrahim Ya'qub, Ishak Haji Muhammad, Dr. Burhanuddin
al-Helmi, Ahmad Boestamam dan Raja Haji Muhammad Yunus Ahmad pernah
mengasaskan Kesatuan Melayu Muda (KMM). Selain itu, Abdullah Kamil juga
melibatkan diri dalam kewartawanan. Di antara akhbar yang pernah
ditanganinya ialah Pengarang Akhbar Perwata Deli, Majlis Berita Malaya
dan Semangat Asia. Beliau juga pernah menjadi Duta Republik Indonesia ke
PBB. Meninggal dunia di Jakarta pada tahun 1991.
•
Abdul Hadi Nur, juga seorang pejuang kemerdekaan. Beliau pernah menjadi
Setiausaha Agung Persatuan Indonesia Merdeka (1945 - 1949), wartawan
Mimbar Umum (1947 - 1948) dan Times of Indoensia (1953-1959). Meninggal
dunia di Jakarta. Dan lain-lain.
Keturunan
daripada lapan orang anaknya itu dipercayai bahawa Haji Muhammad Nur
mempunyai keturunan yang ramai dan bertebaran sekurang-kurangnya di
Indonesia dan Malaysia.
Syeikh
Muhammad Zain Simabur (w. 1957 M). Beliau dilantik oleh Sultan Iskandar
menjadi Syeikh al-Islam Perak. Syeikh Muhammad Saleh al-Minankabawi
memegang jawatan itu pada 6 Jamadilakhir 1343 H/1 Januari 1925 M. Beliau
meninggal dunia di Pariaman, Sumatera Barat, tahun 1376 H/1957 M.
Syeikh
Abdul Rahman Minangkabau (1777- 1899M). Dilahirkan pada tahun 1192
H/1777 M di Batuhampar, Payakumbuh, Sumatera Barat. Beliau mengajar di
rumahnya di Mekah dan Masjid al-Haram Mekah, sedang Syeikh Abdur Rahman
bin Abdullah Minangkabau hanya mengajar di negerinya sendiri.
Selanjutnya Syeikh Ismail bin Abdullah Minangkabau membuka tempat suluk
di Semabok, Melaka, Pondok Upih di Pulau Pinang dan juga membina tempat
suluk di Kedah dan Perak.
Hamka.
(1908-1981M) Haji Abdul Malik Karim Amrullah lahir di desa kampung
Molek, Maninjau, Sumatera Barat dan meninggal di Jakarta. Beliau adalah
seorang sastrawan Indonesia, sekaligus tokoh ulama dan aktivis politik.
Hamka adalah seorang tokoh dalam berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan
seperti falsafah, sastera, sejarah, sosiologi dan politik, baik politik
Islam maupun Barat. Dengan kemahiran bahasa Arabnya yang tinggi, beliau
dapat menyelidiki karya ulama dan pujangga besar di Timur Tengah seperti
Zaki Mubarak, Jurji Zaidan, Abbas al-Aqqad, Mustafa al-Manfaluti dan
Hussain Haikal. Melalui bahasa Arab juga, beliau meneliti karya sarjana
Perancis, Inggeris dan Jerman seperti Albert Camus, William James,
Sigmund Freud, Arnold Toynbee, Jean Paul Sartre, Karl Marx dan Pierre
Loti. Beliau mengikuti pendirian Muhammadiyah mulai tahun 1925 untuk
melawan khurafat, bidaah, tahayul dan kebatinan sesat di Padang Panjang.
Hamka pernah menerima beberapa anugerah pada peringkat nasional dan
antarabangsa seperti anugerah kehormatan Doctor Honoris Causa,
Universiti al-Azhar, 1958; Doktor Honoris Causa, Universiti Kebangsaan
Malaysia, 1974; dan gelaran Datuk Indono dan Pengeran Wiroguno dari
pemerintah Indonesia. Jasa dan pengaruhnya masih terasa sehingga kini
dalam memartabatkan agama Islam. Beliau bukan sahaja diterima sebagai
seorang tokoh ulama dan sasterawan di negara kelahirannya, malah jasanya
di seluruh alam Nusantara, termasuk Malaysia dan Singapura. Pengaruh
Hamka di Nusantara dapat dilihat dari tulisannya yang berjumlah sekitar
300 judul, menyebarkan dakwah Islamiyah ke berbagai kepulauan Melayu dan
memiliki ahli keluarga di Nusantara termasuk Malaysia.
Syeikh
Tahir Jalaluddin al-Azhari. (1869-1956M) lahir di Cangking, Minangkabau
1286 H/1869 M. Meninggal dunia di Kuala Kangsar, Perak, 1376H/1956M.
Syeikh Tahir juga mencatat siri pengembaraan dan pengalaman nya di
beberapa kerajaan Nusantara, seperti di Singapura 1305H/1888M.
Kehadirannya di Singapura memberi inspirasi kelahiran Muhammadiyah
disana [iv]. Pada 1310H/1892M pergi ke Riau, Pulau Penyengat. Di sana
beliau berjumpa dengan Syeikh Muhammad Nur bin Syeikh Ismail al-Khalidi
al-Minankabawi. Raja Muhammad Tahir Hakim bin al-Marhum Mursyid, Hakim
Riau, menyarankan supaya Syeikh Tahir tidak meneruskan perjalanan kerana
cerdik pandai Riau bermaksud bermuzakarah kitab falak berjudul
``At-Thal'us Said'', maka beliau tinggal di Pulau Penyengat itu hingga
bulan Rabiulakhir. Pada 1321H/1903M., Syeikh Tahir ke Surabaya dan
singgah di Bali, Boleleng dan Ampenan. Pada 9 Ramadan 1321 Hijrah/28
November 1903 Masihi, beliau sampai di Pulau Sumbawa. dari Sumbawa
menuju ke Bima. Dari Bima menuju ke Makasar dan kemudian ke Goa.
Pengaruh Syeikh Tahir di Nusantara dapat dilihat dari ajaran, anak murid
dan keturunannya yang menyebar di tanah melayu seperti Muar, Perlis,
perak dan sebagainya
Syeikh
Sulaiman ar-Rasuli al-Minangkabawi (1871-1970M). Lahir di Candung,
Sumatera Barat, 1287H/1871M, wafat pada 1390 H/1970M. Pendidikan
terakhir Syeikh Sulaiman ar-Rasuli al-Minankabawi di Mekah. Ulama
Malaysia yang seangkatan dengan beliau dan sama-sama belajar di Mekah di
antaranya ialah Syeikh Utsman Sarawak, Tok Kenali dan ramai lagi. Yang
berasal dari Indonesia pula di antaranya ialah KH. Ahmad Dahlan, KH.
Hasyim Asy'ari, Jawa Timur, Syeikh Hasan Maksum, Sumatera Utara, Syeikh
Khathib Ali al-Minankabawi, Syeikh Muhammad Zain Simabur al-Minankabawi,
Syeikh Muhammad Jamil Jaho al-Minankabawi, Syeikh Abbas Ladang Lawas
al-Minankabawi dan ramai lagi. Pengaruhnya dapat dilihat dari karya
tulis, ahli keluarga dan murid-muridnya yang berasal dari berbagai
tempat, termasuk dari Malaysia.
Syeikh
Ismail al-Minangkabawi. (1125-1260H) Kedatangan Syeikh Ismail
al-Minankabawi dari Mekah ke Kerajaan Riau-Lingga dan Semenanjung Tanah
Melayu, pernah diungkapkan dengan panjang lebar oleh Raja Ali Haji dalam
karyanya, Tuhfatun Nafis. Menurut Ensiklopedi Islam tersebut bahawa
Syeikh Ismail al-Minankabawi lahir pada tahun 1125 Hijrah dan wafat pada
tahun 1160 Hijrah. Murid Syeikh Ismail al-Minankabawi daripada golongan
elit Kerajaan Riau-Lingga sangat ramai, sama ada pimpinan tertinggi
kerajaan, golongan cerdik pandai mahu pun golongan lainnya. Di antara
mereka seumpama Raja Haji Abdullah, Yang Dipertuan Muda Riau Lingga
ke-IX, Raja Ali Haji, pengarang Melayu yang sangat terkenal dan
lain-lain. Kemudian beliau sendiri datang mendirikan pusat-pusat
penyebarannya di Istana Pulau Penyengat, Riau, di Istana Temenggung
Ibrahim di Teluk Belanga, Singapura, di Kampung Semabok, Melaka dan
Kampung Upih di Pulau Pinang dan tempat-tempat lainnya
Syeikh
Ahmad Khatib al-Minangkabawi. (1860-1916M) Lahir di Bukit Tinggi
Sumatera Barat tahun 1860 M [v]. Seorang ulama besar Minangkabau, ahli
fiqih dan hukum Islam. Banyak menulis buku tentang agama Islam dan
masalah kemasyarakatan. Ayahnya bernama Abdul Latif, dari pihak ayahnya,
Ahmad Khatib masih sepupu dengan KH. Agus Salim, bapak cendekiawan
muslim Indonesia dan pemimpin Islam yang cukup berpengaruh. Sedangkan
Ibunya bernama Limbak Urai, anak Tuanku Nan Renceh, seorang ulama Paderi
terkemuka. Dari pihak ibunya ini, Ahmad Khatib masih saudara sepupu
dengan Syeikh Taher Jalaluddin, seorang ulama besar Minangkabau lainnya.
Dari keturunan dan lingkungan keluarganya. Ahmad Khatib berasal dari
keluarga terpandang. Dalam kehidupannya, Ahmad Khatib, lebih banyak
mukim dan mengabdikan hidupnya di Mekah sebagai guru agama. Namun
demikian ia selalu mengikuti perkembangan daerahnya melalui orang-orang
yang menunaikan ibadah haji dan yang menjadi muridnya. Sebagai seorang
guru, di Masjidil Haram, Ahmad Khatib banyak memiliki murid. Di antara
muridnya yang kemudian berhasil menjadi orang terkemuka, antara lain:
KH. Ahmad Dahlan (pendiri Muhammadiyah), KH Hasyim Asy’ari (pendiri NU),
Syeikh Muhammad Nur (Mufti kerajaan Langkat), Syeikh Hasan Maksum
(Mufti kerajaan Deli), Syeikh Muhammad Saleh (Mufti kerajaan Selangor),
Syeikh Muhammad Zain (Mufti kerajaan Perak), HM. Nur Ismail (Kadi
kerajaan Langkat). Syeikh Jamil Jaho (Pemimpin Perti), Syeikh Muhammad
Jamil Jambek, Syeikh Ibrahim Musa. Dr. Abdullah Ahmad, Dr. H. Abdul
Karim Amrullah dan Syeikh Sulaiman Ar-Rasuli.
4. Peranan Ulama Tanah Melayu
Haji
Abdurrahman Limbong (1868-1929M). beliau ialah seorang pahlawan bangsa
Melayu di Terengganu. Lahir tahun 1285H/1868M, wafat di Mekah, 1347
H/1929M. Datuk neneknya berasal dari Patani dan Terengganu. Beliau
adalah seorang ulama yang suka mengembara atau merantau ke beberapa buah
negeri. Pengembaraan yang dekat dengan Terengganu di antaranya ialah
Pahang. Selanjutnya Kelantan, Patani, Kedah dan lain-lain. Negeri-negeri
seberang laut yang pernah beliau merantau ialah Sambas, Jambi, Riau dan
Brunei. Di negeri-negeri seberang laut itu juga terdapat murid-murid
Haji Abdur Rahman Limbong.
Ismail
Al-Kalantani (l. 1882-1951). Lahir di Kampung Labok, Macang, Kelantan
pada tahun 1293 Hijrah/1876 Masihi. Setelah memperoleh pendidikan asas
di Kelantan, dihantar belajar ke Mekah. Haji Ismail Kelantan mengikut
gurunya Saiyid Abdullah az-Zawawi itu berhijrah dari Mekah ke Riau dan
selanjutnya ke Pontianak. Sewaktu Saiyid Abdullah az-Zawawi menjadi
Mufti Pontianak, Ismail Kelantan terus bersama gurunya itu. Ismail
Kelantan pulang ke Kelantan lebih awal (1325H/1908M), dan selanjutnya
pergi ke Kemboja. Ismail Kelantan adalah orang pertama yang
menyebarluaskan ilmu falak di Pontianak, khususnya atau Kalimantan Barat
umumnya. Selain bersama gurunya Saiyid Abdullah az-Zawawi di Pontianak,
Ismail Kelantan pernah menziarahi Syeikh Muhammad Yasin, seorang ulama
yang berasal dari Kedah, yang tinggal di Kuala Secapah, Mempawah. Pada
tahun kedatangan Ismail Kelantan ke Kuala Secapah,
Mempawah
itulah Syeikh Muhammad Yasin Kedah meninggal dunia. Ismail Kelantan
juga menziarahi Wan Nik, seorang ulama sufi yang berasal dari Patani.
Beliau tinggal dalam bandar Mempawah. Dalam waktu yang relatif singkat,
kealiman Ismail Kelantan tersebar di sekitar Mempawah dan Pontianak.
Oleh sebab itu Adam, seorang hartawan Bugis di Sungai Itik, Pontianak,
menjemput Ismail Kelantan mengajar di rumahnya. Mula-mula beliau
dilantik sebagai Naib Hakim di Rad Agama Pontianak mulai tarikh 12 Ogos
1920 Masihi. Pada tarikh penulisan surat 28 Februari 1924, kedudukan
Ismail Kelantan adalah sebagai Mufti di Kerajaan Pontianak. Karya Tulis
beliau antara lain’; 1. Fatwa Daripada as-Saiyid Abdullah Ibnu Almarhum
as-Saiyid Muhammad Shalih az-Zawawi. 2. Risalah Pada Bicara Jum'at dan
Sembahyang Zhuhur Mu'adah. 3. Pedoman Kemuliaan Manusia.
Haji
Abu Bakar Al-Funtiani. Datuk neneknya berasal dari Melaka yang terpaksa
berpindah ke Bentan, seterusnya ke Kampar dan Minangkabau dalam
peristiwa kedatangan Portugis. Haji Muhammad Nur Putih setelah
mengembara ke pelbagai tempat di dunia Melayu akhirnya membuka kampung
yang dinamakan Kampung Kemboja di Pontianak. Seluruh kampung itu adalah
milik beliau. Berdampingan dengan Kampung Kemboja dinamakan Kampung
Saigon dimiliki oleh Haji Yusuf Saigon adalah keturunan Syeikh Muhammad
Arsyad bin Abdullah al-Banjari. Haji Muhammad Nur Putih berkahwin banyak
kali dan dikatakan mempunyai anak 27 orang. Haji Abu Bakar bin Abdul
Ghani al-Funtiani pernah mengajar di Masjidil Haram, Mekah, Pontianak
dan tempat-tempat lain di Kalimantan Barat, Singapura, Tembilahan dan
tempat-tempat lain di Riau Daratan, juga Kepulauan Riau di antaranya
pernah tinggal di Pulau Midai dan Pulau Bunguran/Natuna. Karya; 1.
Tafrihul Murid wal Ikhwan fi Tahshil Tajwidil Quran, 2. Al-Muna fi
Asbabil Ghina, 3. Rajaul Mustarhim fit Takhtim wat Taslim wat Tarhim.
Abdul
Rahman Al-Kalantani. (w. 1971M) beliau adalah ulama yang berasal dari
Kelantan, Malaysia dan menyebarkan Islam di Kalimantan Barat, Indonesia.
Beliau meninggal dunia pada tahun 1391H/1971 M dalam usia melebihi 80
tahun. Kuburnya terletak di Kampung Pulau Pedalaman, Mempawah. Terdapat
beberapa ulama yang berasal dari Malaysia dan datang ke Kalimantan Barat
sebelum Abdur Rahman, antara mereka ialah Tuan Guru Haji Muhammad Yasin
yang berasal dari Kedah. Makamnya terletak di Kuala Secapah, Mempawah.
Haji Ismail bin Abdul Majid berasal dari Kelantan dan pernah menjadi
Mufti di Kerajaan Pontianak. Beliau meninggal di Kelantan. Abdur Rahman
belajar sambil merantau di Mekah dan sekitarnya, sehingga ketika pulang
ke Kelantan beliau tidak begitu mesra tinggal di Kelantan, negerinya
sendiri. Menurutnya, pada mulanya beliau akan merantau ke Banjar, kerana
di sana sangat terdapat ramai ulama. Perancangan awalnya, dari Banjar
beliau akan ke pulau Jawa kerana sewaktu berada di Mekah beliau sempat
belajar kepada beberapa orang ulama yang berasal dari Jawa, antaranya,
Syeikh Mukhtar bin `Atharid Bogor. Dari Kelantan Abdur Rahman menuju ke
Singapura dan selanjutnya belayar menuju Sambas. Pada zaman itu Sambas
juga terkenal dengan ulamanya yang ramai. Karya yang sempat
dihasilkannya iaitu Qawaninul Mubtadi fil Fiqh.
Syeikh
Abdul Wahid al-Juhuri (abad ke-16). Beliau berhasil mengislamkan Raja
Buton yang ke-6 sekitar tahun 948H/1538M. Syeikh Abdul Wahid merantau
dari Patani, Johor ke Buton pada tahun 1564 M. Sultan Halu Oleo dianggap
sebagai Sultan Kerajaan Islam Buton pertama, bergelar Sultan atau Ulil
Amri dan menggunakan gelar yang khusus iaitu Sultan Qaimuddin. Maksud
perkataan ini ialah Kuasa Pendiri Agama Islam. Dalam pengembaraanya
bermula dari Patani singgah di Kepulauan Siantan, menetap di Johor dan
selanjutnya ke Pulau Buton.
Sulthan
sulaiman (1865-1938 M). lahir pada 1282 H/1865M dan meninggal pada
1357H/1938M. Sultan Sulaiman merupakan Sultan Selangor ke-5, yang
bertahta pada tahun 1898 Masihi - 1938 Masihi, memerintah dalam masa
lebih kurang 40 tahun. Memperhatikan jalur keturunan di atas dapat
dipastikan bahawa dari sebelah ayah baginda, Sultan Sulaiman adalah
keturunan anak Raja Bugis yang berasal dari Luwuk, Sulawesi dan dari
sebelah ibu baginda adalah keturunan puteri Kerajaan Riau. Datuk
neneknya, Raja Lumu adalah adik beradik dengan pahlawan Melayu yang
terkenal, iaitu Raja Haji asy-Syahid fi Sabilillah yang meninggal dunia
dalam peperangan melawan Belanda di Teluk Ketapang, Melaka pada 18 Jun
1784 Masihi. Karya-karya beliau; 1. Kitab Pohon Ugama Bahagian Rukun
Iman. 2. Kitab Melatih Kanak-Kanak Laki-Laki Perempuan.
5. Peranan Ulama Kalimantan dan Sulawesi
Mufti
Jamaluddin al-Banjari. (1710-1812M) Sewaktu kembali daripada menunaikan
haji, berkahwin di Kedah dan memperoleh seorang putera, Mas`ud.
Zuriatnya Tuan Husein Kedah, ulama yang terkenal di Malaysia. Tahun 1258
H./1842M. raja-raja Riau di Pulau Penyengat Indera Sakti meminta
kesediaannya menjadi guru di Kerajaan Riau. Karya Mufti Haji Jamaluddin
al-Banjari yang paling terkenal di seluruh dunia Melayu ialah `Perukunan
Jamaluddin.
Muhammad
Thaiyib al-Banjari. Beliau sama pegangannya dengan Syeikh Ismail bin
Abdullah al-Khalidi (Minangkabau) yang kedua-duanya hidup sezaman yang
menyebarkan Thariqat Naqsyabandiyah aliran al-Khalidiyah yang tersebut
dalam kerajaan Riau-Lingga dan selanjutnya di Melaka dan Kedah. Datuknya
bernama Qadhi Haji Abu Su'ud diceritakan bahawa beliau pulang dari
Makkah untuk meneruskan perjalanannya pulang ke Banjar telah singgah di
Kedah. Sultan Kedah telah meminta kepadanya supaya tinggal di Kedah saja
untuk menjadi guru baginda dan rakyat Kedah. Peristiwa yang sama
berlaku pula kepada saudara kandung Syeikh Qadhi Haji Abu Su'ud yang
bernama Syeikh Syihabuddin bin Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari diminta
oleh Sultan Riau-Lingga supaya menjadi Mufti, mengajar di istana dan
rakyat Riau-Lingga dalam berbagai-bagai ilmu pengetahuan Islam. Ayah
beliau berasal dari Banjar sedang sebelah ibunya berasal dari Kedah. Ada
tiga risalah karya ulama yang berasal dari Banjar ini yang telah
dijumpai, ialah: 1. Miftah al-Jannah fi Bayan al-'Aqidah, 2. Fat-hul
Hadi, 3. Bidayah al-Ghilman fi Bayan Arkan al-Iman, 4. Bidayah al-Ghulam
fi Bayan Arkan al-Islam. Risalah yang kedua, Fat-hul Hadi. Risalah yang
ketiga (Bidayah al-Ghilman fi Bayan Arkan al-Iman).
Gusti
Muhammad Taufiq Agamuddin. Beliau adalah raja terakhir yang memerintah
Mempawah. Raja Ali Haji dan penulis-penulis lain pada masa dulu, selalu
menyebut hubungan kekeluargaan antara Mempawah dan negeri-negeri Melayu
di Riau, Johor, Pahang, Terengganu, Selangor dan lain-lain. Ulama yang
datang dari Semenanjung ke Mempawah ketika baginda memerintah antaranya
ialah Syeikh Muhammad Yasin yang berasal dari Kedah, Haji Abdur Rahman
bin Husein berasal dari Kelantan dan Haji Muhammad Saleh Sarawak. Ulama
yang datang dari Patani ialah Haji Wan Nik al-Fathani dan Syeikh Abdul
Lathif al-Fathani. Selain itu ada juga dari Arab seperti Syeikh Yusuf
al-Manshuri. Dari Banjar Haji Abdul Qadir bin Ahmad al-Banjari.
Syeikh
Yusuf al-Makatsari. (1626-1699 M) Beliau adalah seorang pejuang dan
ulama yang tersohor sampai ke manca negara. lahir di Moncong Loe, Gowa,
Sulawesi Selatan, 1626H/1036M. Seorang Ulama besar, mufti, pendiri
tariqat, dan juga penulis. Wafat dan dimakamkan di tempat pengasingannya
Cape Tawn. Afrika Selatan tahun 1699 dalam usia 73 tahun. Tetapi atas
permintaan Sultan Abdul Jalil kepada pemerintah kolonial Belanda, pada
tahun 1703 kerangka Syeikh Yusuf dipindahkan ke Lakiung, Goa, Sulawesi
Selatan. Kuburannya dikenal oleh masyarakat Sulewesi Selatan dangan nama
Kobbang, (kubah). Perjalanan, pengaruh dan perjuangannya meliputi
Indonesia, Malaysia, Srilanka, Afrika dan sebagainya.
6. Peranan Ulama Mandailing
Syeikh
Abdul Ghani al-Mandaili berasal dari Kampung Cubadak, Mandailing,
Sumatera Utara kemudian pindah ke Selangor. Kedatangan Syeikh Abdul
Ghani bin Abdul Hamid al-Mandaili ke Selangor kemungkinan serentak
dengan kedatangan sekian ramai orang-orang yang berasal dari Minangkabau
dan Mandailing terutama sekali, sewaktu bandar Kuala Lumpur mula
diteroka. Beliau berhasil membangun sebuah masjid di Kampung Selayang
dalam tahun 1917M. Surat sebaran ditandatangani bersama oleh beliau dan
Raja Ali, Penghulu Mukim Batu, Kuala Lumpur ketika itu. Masjid yang
beliau bangun bersama murid-murid dan masyarakat tersebut masih wujud
sampai sekarang. Tulisan beliau antara lain; 1.Aqidatul Iman. 2. Kitab
Syair Nashihat. 3. Terjemah Nazam Akidah Awam dan Syair Nasihat. 4.
Risalah Nasihat dan Jaga-jaga Hati. 5. Risalah Pohon Peringatan dan
Jaga-jaga Hati Bagi Agama. 6. Kaifiyat Thariqatin Naqsyabandiyah.
Syeikh
Junid Thala. (l.1897 M) Lahir tahun 1897M di Hutadolok, Kenegerian
Maga, Kecamatan Kotanopan. Setelah belajar di Pondok Gajah Mati, Kedah,
Syeikh Haji Junid Thala pindah pula ke Madrasah al-Masriyah
asy-Syubbaniyah di Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang. Di
sini, Syeikh Haji Junid Thala belajar daripada pengasas madrasah itu,
iaitu Syeikh Mohd. Salleh al-Masri bin Baqi bin Lundang. Syeikh Mohd.
Salleh al-Masri sebelum belajar ke tempat lain pernah belajar dengan
Syeikh Abdul Wahhab Rokan di Besilam, Langkat. Syeikh Abdul Wahhab Rokan
pula adalah salah seorang guru Syeikh Haji Junid Thala. Setelah belajar
di Besilam belajar pula daripada Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad
al-Fathani. Ketika Syeikh Haji Junid Thala pulang dari Mesir beliau
dilantik sebagai anggota Majlis Ulama Negeri Perak oleh Sultan Iskandar
Syah. Ketika belajar di Mesir, beliau sempat menjadi imam dan kemudian
mengajar di Masjid al-Haram di Mekah.
7. Peranan Ulama Aceh dan Sumatera Utara
Syeikh
Syamsuddin al-Sumaterani. (abad ke 16) Beliau berasal dari Pasai.
Tarikh wafatnya iaitu 1039 H/1630 M. Menjadi mufti Sulthan Iskandar Muda
(1607-1636) Pengaruhnya dapat dilihat dari murid, ajaran dan Karya
tulis beliau yang sangat banyak dan memiliki pengaruh yang besar di
dunia melayu.
Syeikh
Abdul Wahab Rokan (1826-1926 M). Babussalam, Langkat, Sumatera Utara
merupakan pusat penyebaran Thariqat Naqsyabandiyah Khalidiyah yang
terbesar di Sumatera sesudah aktiviti Syeikh Ismail bin Abdullah al-
Minankabawi. Mursyid Thariqat Naqsyabandiyah Khalidiyah di Babussalam
tersebut pada satu ketika sangat terkenal hingga ke Semenanjung Tanah
Melayu terutama Johor dan Singapura. Syeikh Abdul Wahab Lahir pada
1242H/1826M). Wafat di Babussalam, Langkat, pada 1345H/1926M. Moyangnya
Maulana Tuanku Haji Abdullah Tembusai adalah seorang ulama besar dan
golongan raja-raja yang sangat berpengaruh pada zamannya. Selain
pendidikan dari lingkungan keluarga sendiri Abdul Wahab belajar kepada
Tuan Guru Haji Abdul Halim di Tembusai. Dalam 1846 M - 1848 M Abdul
Wahhab merantau ke Semenanjung, pernah tinggal di Johor dan Melaka.
Dalam tempoh lebih kurang dua tahun itu digunakannya kesempatan mengajar
dan belajar. Di antara gurunya ketika berada di Malaya ialah Tuan Guru
Syeikh Muhammad Yusuf seorang ulama yang berasal dari Minangkabau. Masih
dalam tahun 1848 itu juga Abdul Wahhab meneruskan pengembaraannya
menuju ke Mekah dan belajar di sana hingga tahun 1854M. Di antara
gurunya sewaktu di Mekah ialah Syeikh Muhammad Yunus bin Syeikh Abdur
Rahman Batu Bara, Asahan, dan lain-lain. Syeikh Abdul Wahhab Rokan
pulang ke tanah air dalam tahun 1854M dan dalam tahun itu juga mengajar
di Tanjung Mesjid, daerah Kubu Bagan Siapi-api, Riau. Dalam tahun 1856 M
beliau juga mengajar di Sungai Mesjid, daerah Dumai, Riau. Selanjutnya
mengajar di Kualuh, wilayah Labuhan Batu tahun 1860 M. Mengajar di
Tanjung Pura, Langkat tahun 1865 M. Mengajar di Gebang tahun 1882 M, dan
dalam tahun itu juga berpindah ke Babussalam, Padang Tualang, Langkat.
Babussalam dijadikan sebagai pusat seluruh aktiviti, sebagai pusat
tarbiyah zhahiriyah, ruhaniyah dan dakwah membina umat semata-mata
mengabdi kepada Allah s.w.t. Murid Syeikh Abdul Wahhab Rokan sangat
ramai: Di antara muridnya yang dianggap mursyid dan khalifah dan yang
sangat giat menyebarkan Thariqat Naqsyabandiyah Khalidiyah di Batu
Pahat, Johor ialah Syeikh Umar bin Haji Muhammad al-Khalidi. Muridnya
yang lain ialah Syeikh Muhammad Nur Sumatera. Murid Syeikh Muhammad Nur
Sumatera ialah Haji Yahya Laksamana al-Khalidi an-Naqsyabandi, Rambah,
Sumatera. Beliau ini adalah penyusun buku berjudul Risalah.
Syeikh
Abdul Rauf Fansuri (l.1615M). Lahir di Barus Sumatera. Ada beberapa
ulama besar yang sangat terkenal menyebarkan Islam di beberapa tempat di
seluruh dunia Melayu yang menjadi muridnya. Antara mereka ialah, Baba
Daud bin Agha Ismail bin Agha Mustata al-Jawi ar-Rumi. Beliau ini
berasal daripada keturunan ulama Rom yang berpindah ke Turki,
keturunannya pula pindah ke Aceh sehingga menjadi ulama. Keturunan
beliau pula ada yang berpindah ke Patani, sehingga menurunkan ulama
terkenal iaitu Syeikh Daud bin Ismail al-Fathani. Murid Syeikh Abdur
Rauf bin Alial-Fansuri di Semenanjung Tanah Melayu yang paling terkenal
ialah Syeikh Abdul Malik bin Abdullah Terengganu atau lebih popular
dengan gelar Tok Pulau Manis. Syeikh Abdul Rauf bin Ali al-Fansuri
termasuk dalam golongan ulama dunia Melayu yang produktif dalam bidang
karangan dalam bahasa Melayu.
Abd
Al-Ra`uf Al-Sinkili` (1024-1615 M). Beliau adalah seorang melayu
berasal dari Singkel Aceh. Beliau adalah seorang ulama mujaddid
terpenting di Nusantara yang meninggalkan banyak karya tulis. Sinkili
banyak meninggalkan murid di Nusantara antaranya Burhanuddin Ulakan di
Sumatera Barat dan Tok Pulau Manis di Tanah melayu.
Syeikh
Hamzah al-Fanzuri. (1592-1607 M) Lahir di Aceh tahun 1001H/1592M, wafat
1016H/1607M. Selain belajar di Aceh sendiri beliau telah mengembara ke
pelbagai tempat, di antaranya ke Banten, Jawa, Semenanjung Tanah Melayu,
India, Parsi dan Arab. Syeikh Hamzah al-Fansuri sangat mahir dalam
ilmu-ilmu fikah, tasawuf, falsafah, mantiq, ilmu kalam, sejarah, sastera
dan lain-lain. Dalam bidang bahasa pula beliau menguasai dengan kemas
seluruh sektor ilmu Arabiyah, fasih dalam ucapan bahasa itu,
berkebolehan berbahasa Urdu, Parsi, Melayu dan Jawa.
Syeikh
Nuruddin ar Raniri (w. 1658 M). Beliau lama tinggal di Aceh, Pahang dan
Kedah dalam rangka menyebarkan ajaran Islam disana dan beliau banyak
mengarang kitab-kitab dalam bahasa Melayu. Selama menetap di Pahang atau
pun setelah beliau pindah ke Aceh, ramai penduduk yang berasal dari
dunia Melayu belajar kepada ulama besar itu diantaranya Syeikh Yusuf
al-Makatsari. Menurut Hamka, diawal kemasukan Islam lagi bahasa Melayu
telah mulai menjadi bahasa untuk ilmu pengetahuan agama yang mendalam.
Analisa dan Kesimpulan
Kesamaan
dari segi alam, ekonomi, politik, sejarah silam. bentuk tubuh, warna
kulit, budaya, bahasa, agama dan berbagai-bagai kesamaan lainnya membuat
manusia di kepulauan Nusantara merasa bersaudara antara satu dengan
lainnya. Belum ada mengenal sistem pasport, visa dan fiskal ketika itu.
Asia Tenggara pula pernah menjadi sebuah kesatuan disaat permukaan air
laut turun.
Berbagai-bagai
kesamaan ini dimanfaatkan oleh para Ulama melayu silam dalam memainkan
peranan untuk menjalin ukhuwah Islamiyah. Mereka menyatukan hubungan
persaudaraan di kepualauan Melayu melalui hubungan perkahwinan, tali
persaudaraan, ukhuwah Islamiyah, dan melalui karya-karya mereka baik
berupa karya tulis mahupun ajaran buah pemikiran mereka. Ulama memiliki
kedudukan yang tinggi dalam struktur masyarakat Melayu Silam dan
masyaraka pula sangat menghormati ulama tanpa mengira asal dan batas
geografi.
Nusantara
adalah sebuah kesatuan yang tidak dapat dipisahkan bagi para ulama
silam, sehingga mereka dengan selesa dan bebas melakukan dakwah
islamiyah, berjuang mencerdaskan umat Islam dimanapun mereka berada.
Bahkan didapati ramai para ulama tersebut tidak meninggal dunia
dikampung halamannya, tetapi di tempat mana mereka berjuang dan
berdakwah.
Hampir
semua penyebab merenggangnya hubungan Indonesia-Malaysia adalah
disebabkan oleh kepentingan politik penguasa yang berkuasa pada zaman
setelah kemerdekaan. Media pula memiliki peranan yang kuat dalam
mempererat atau merenggangkan hubungan persaudaraan di kepulauan Melayu.
Keadaan ini diperburukan lagi dengan tidak merdekanya media dalam
menyampaikan berita yang selalu menerima titipan-titipan dan
bisikan-bisikan daripada ahli politik yang sedang berkuasa.
Bangsa
melayu adalah bangsa besar seramai 300 juta melayu didunia. Jumlah yang
besar itu hanya akan menjadi laksana buih di lautan yang selalu
mengikuti kemana arah angin bertiup kalau persatuan dan kesatuan tidak
dijaga dan kalau kepentingan-kepentingan sesaat mengalahkan kepentingan
jangka panjang lainnya.
Umat
Islam itu adalah bersaudara dan setiap orang Islam diwajibkan
mendamaikan saudara mereka yang bertikai, bukan malah memecah belah
antara satu dengan lainnya. Diharapkan hubungan kekeluargaan, suku kaum
dan seagama yang telah terjalin ribuan tahun lalu di kepulauan Nusantara
ini, tidak dicabikkan oleh kepentingan politik sesaat dan nasionalisme
sempit yang baru lahir beberapa puluh tahun ini sahaja.
[i]Disampaikan
dalam Persidangan Hubungan Indonesia dan Malaysia 2009 Fakulti Sastera
dan Sains Sosial Universiti Malaya, 6-8 Ogos 09. Email:
adirao76@gmail.com
[ii]
PhD Student, Bahagian Sains Politik Islam, Universiti Malaya, Kuala
Lumpur, Malaysia. (Untuk Kegunaan Blog ini, footnote sengaja Penulis
hilangkan)
[iii]
Pulau Penyengat adalah pusat kerajaan melayu Riau Lingga, Johor dan
Pahang ketika dulu. Saat ini Pulau tersebut bagai museum hidup. Di sana
masih tersimpan dan dijaga dengan baik berbagai peninggalan lama seperti
masjid, istana, kuburan tokoh, kitab-kitab lama. Kunjungan dan
wawancara penulis pada 17 June 2009 di Pulau Penyengat.
[iv] Wawancara dengan Presiden Muhammadiyah Singapura Shaik Hussain Shaik Yacob di Singapura pada 16/06/09 di Singapura.
[v]
Tepatnya di Koto Tuo, tempat itu juga di lahirkan H. Agus Salim yang
juga sepupu Ahmad Khatib. Hasil kunjungan penulis pada 23 Mei 2008
mendapati tempat itu sangat asri, tenang dan cantik yang berada diantara
gunung merapi dan sunung singgalang. Ketenangan dan kecantikan tempat
seperti Danau Maninjau dan Koto Tuo, Pulau Penyengat dan sebagainya
mungkin mempengaruhi dalam pembentukan dan melahirkan tokoh.
Dicatat oleh arisel ba di 9:39
Monday, 26 December 2011
Nostalgia Di Kampus Depok – Siri 31 – Nor Aizan Ab Halim
Seronok hati mendengar dari Irfan, ibubapanya akan pulang bercuti panjang sebelum memulakan tugas di tempat baru, atau mungkin jika tidak dapat mencari pengganti Irfan, untuk mengurus perusahaan mereka, mungkin papanya akan memilih bertugas di kementerian luar atau pencen lebih awal.
Irfan yang sudah diterima meneruskan sarjananya di sebuah universiti terkemuka di Amerika Syarikat, hanya menunggu masanya saja untuk berlepas ke sana. Berat rasa hati kami mahu berpisah, namun apa kan daya, inilah pengorbanan untuk masa depannya dan kami bersama.
Pertama kali mahu berjumpa ibubapa Irfan, bakal mertuaku. Berdebar juga dalam hati walaupun sudah mengenali mereka melalui gambar-gambar yang ditunjukkan oleh Irfan kepadaku, dan perbualan melalui telefon. Melalui perbualan telefon sangat menunjukkan keramahan, tetapi tidak tahulah nanti kalau sudah berjumpa adakah suasana mesra ini akan berterusan atau berubah menjadi lain pulak.
Mereka juga telah melihat gambarku, harap-harap dari gambar sudah turun ke hati walaupun aku tidak secantik dan sesempurna seperti yang diharapkan.
Aku dan Irfan ke Lapangan Terbang untuk menyambut kepulangan ibubapanya. Irfan membawa keretanya sendiri kerana dia menjemput aku di Depok dulu sebelum ke lapangan terbang. Supir mereka Maman yang menjemput ibubapa Irfan dan akan membawa mereka pulang ke rumahnya.
“Fan, seram deh gue...gimana nanti mama dan papamu, suka aku apa enggak...” Aku melahirkan kebimbangan yang akhirnya menyebabkan Irfan tersenyum. Aku tidak tahu apa maksud senyumannya.
“Kok senyum, aku nanya tapi kamu senyum, ngejek aku ye?” Tanyaku.
“Enggaklah...cuma aku kasian sama kamu Nur, khawatir trus... janganlah begitu sayang, kan mereka udah kenal kamu. Mama, dan papaku baik sekali orangnya. Aku udah bilang sama mereka tentang kamu. Mama dan papa menerima kamu, senang sama kamu, malah ngak sabar mahu ketemu kamu, tau ngak.” Irfan terus meyakinkan aku tentang penerimaan keluarganya terhadapku.
Aku tidak tahu apa yang harusku nyatakan tentang keresahanku ini. Aku hanya mengangguk tanda percaya dengan apa yang dikatakan. Irfan menarik tanganku dan menggenggamnya erat.
“Percaya sama aku ya sayang. Tenang-tenang aja, ngak apa-apa.” Irfan sekali lagi menyakinkan aku. Kami berjalan menuju ke balai ketibaan di Bandara Soekarno-Hatta. Papa dan mamanya sudah tiba. Hanya menunggu proses rutin di lapangan terbang.
Dari jauh aku dapat melihat sosok tubuh dan raut wajah papa dan mama Irfan. Aku boleh mengecam mereka dari jauh kerana sudah kerapkali melihat gambar-gambar mereka. Tidak berubah mereka dari gambar yang selalu ditunjukkan oleh Irfan kepadaku. Gambar keluarganya ada di rumah, ofis dan dalam keretanya juga. Katanya, untuk menghilangkan kerinduan kepada ibubapanya, dia telah meletakkan gambar mereka di mana-mana sahaja.
Masih tegap dan bergaya mereka berdua pada usia lima puluhan. Mamanya kelihatan anggun sekali dengan berbaju blaus putih berseluar hitam. Cantik sekali wajahnya. Papa dan mamanya jalan beriringan, dengan papanya memimpin tangan mamanya erat lagi. Seronok sekali aku melihatnya. Betapa bahagianya mereka. Akupun ingin bahagia seperti itu. Apakah aku juga akan Kau anugerahkan semua ini Tuhan.
Mama dan papanya datang menghampiri kami. Mamanya bersalam dan memeluk cium Mbak Fitri, Irfan dan akhirnya aku. Giliran papanya pula bersalaman dengan kami. Aku mencium tangan papanya. Papanya memegang kepalaku ketika aku mencium tangannya.
“Oh ini yang namanya Nur, yang disebutin Irfan trus.....,” tanya papanya, seorang yang kelihatannya sangat berhemah.
“Iya Om....apa khabar, bagaimana dengan perjalanan tadi?” Aku memulakan bicaraku untuk menutup kegugupan.
“Baik-baik saja, bagus. Kamu gimana, jauh dari orang tua, ada Irfan bantu kamu kalau lagi kangen sama orang tuamu?” Tanya bapanya pula ramah sekali.
Ibunya pun sama, aduh mesra sekali. Memimpin tanganku ketika berjalan keluar menuju ke mobil, “nanti trus mampir ke rumah ya Nur?” Tanya ibunya.
“Enggak Tante. Maaf, sekarang pulang dulu, nanti kapan-kapan saya datang ya.” Aku mula berani berdepan dengan ibubapa Irfan setelah melihat kemesraan dan keramahan mereka berdua. Begitu juga dengan adiknya yang telah aku kenal waktu dia pulang bercuti semester lepas.
“Oh iya...kenapa nggak terus ikut aja sekalian sama kami,” tanya ibunya meminta penjelasan.
“Udah sore, Tante....lagi ada urusan yang perlu dibereskan. Terima kasih Tante sama Om, senang banget ketemu sama Om dan Tante,” balasku ikhlas. Baik sekali orangtua Irfan. Aduh... jauh benar bezanya dengan mama Roslan, macam langit dengan bumi. Tiba-tiba sahaja muncul mama Roslan di mindaku. Ish....syaitan mula membisikkan ayat-ayat racunnya....jangan banding-banding orang dan melihat keburukan orang, kata hatiku sendiri, melawan bisikan syaitan yang selalu mengambil kesempatan.
Aku dan Irfan menunggu mereka pergi dulu sambil aku dan Irfan melambaikan tangan. Setelah mereka berlalu, Irfan menghantar aku ke Depok.
“Kita makan dulu ya Nur....,” kata Irfan sambil memandang ke arahku, menunggu persetujuanku. Aku menganggukkan kepalaku tanda setuju.
“Kok diam aja....?” Tanya Irfan apabila mendapati aku masih berdiam diri.
“Terima kasih sayang....” Aku jadi sebak.
“Lho....untuk apa terima kasihnya?” Tanyanya bingung.
“Punya papa dan mama yang baik dan memberikan aku bakal bapa dan ibu mertua yang baik sekali.” Aku meluahkan isi hatiku dalam nada sebakku.
“Adui....mulai lagi tuh...janganlah begitu sayang...doa aja semoga kita semua terus bahagia dengan kebaikan kita masing-masing. Kita belajar dari mereka apa yang baik....yang ngak baik jangan sekali-kali kita ikuti.....” Irfan mula menormalkan semula suasana. Lebih senang kalau kami seperti biasa berbicara tentang hal-hal kami sendiri dan isu-isu semasa. Setiap kali mahu bercerita tentang keluarganya, Irfan tidak suka aku memuji-muji. Dia selalu menegaskan semua manusia sama, ada baik dan buruknya.
Aku tidak tahu mahu makan apa ketika Irfan mengajakku makan. Terasa kenyang dapat berjumpa dengan orang tua Irfan.
“Mau makan apa...?” Ulang tanya Irfan. Hmm....baru terfikir mahu makan yang tidak mengenyangkan sangat.
“Hmm...Pempek Pelembang di Gang Cina......mau nggak?” Hanya itu yang terfikir olehku. Irfan mengangguk setuju. Dia pun suka makanan ini. Susah mahu jelaskan keenakan makanan ini. Dimakan bersama kuahnya yang manis, pedas dan sedikit rasa masam. Isinya macam bentuk karipap, tapi tidak garing, rasanya dibuat dari tepung juga, kurang pasti aku kerana aku kurang pandai memasak. Nanti ada timun juga dipotong-potong dimasukkan bersama kuah. Hmmm...sedap tu....meleleh air liurku bila ingatkan Pempek Palembang Gang Cina yang menyelerakan.
Kami makan dua porsi setiap seorang. Lapar, ganti makan tengahari tadi. Selepas makan Irfan menghantar aku pulang. Berpisah kami seketika.
“Besok aku jemput kamu ke rumah, ketemu mama boleh?” Tanya Irfan.
“Besok nggak bisa, aku mahu ke Wisma Malaysia, ada yang mau nelefon aku?” balasku.
Nasib baik aku tidak mengiakan ajakan Irfan. Teringat pesanan Lukman ada yang pesan suruh aku tunggu di Wisma Malaysia, ada yang akan telefon dari New York pukul sembilan malam. Roslanlah tu. Sejak di sana dia sudah beberapa kali menelefon aku. Aku sendiri sekalipun belum pernah telefon dia.
“Siapa mau telefon kamu, ibu?” Tanya Irfan berbau curiga.
“Temanku,” jawabku ringkas. Tergagap juga mahu menjawab, nyaris tersebut nama Roslan.
"Teman dari mana?” Tanya Irfan lagi. Nampaknya semakin menebal rasa ingin tahu Irfan dan sudah mula pandai cemburu rasanya.
“Alaah......teman lama di Malaysia,” maklumku lagi.
“Cewek atau cowok?” Irfan terus mengorek rahsia untuk mendapatkan kepastian. Ada riak kurang senang di wajahnya.
“Cowok, teman biasa aja la sayang,” jawabku untuk mengelak investigasi berterusan dari Irfan, buah hatiku. Cemburu juga dia...hehe, suka dia cemburu, bermaksud ada juga nilainya aku di hatinya.
“Benar nih...?” Irfan masih belum yakin lagi dengan jawapanku.
“Benar, swear......,” jawabku sambil aku mengangkat tangan seperti orang sedang bersumpah.
“Awas sayang, kalo kamu macam-macam tau,” kata Irfan sambil tersenyum malu, bila dia perasan aku dapat mencium rasa cemburunya...hehe.
“Hehe....cemburu ya,” ejekku. Kami sama-sama ketawa. Irfan menarik hidungku dengan kuat, melepaskan geramnya. Menjerit kesakitan aku, betul-betul sakit.
“Jahat kamu,” jeritku kesakitan.
“Sori, sori, sori......ngak niat sakitin kamu.” Pujuk Irfan sambil menarik tanganku dan menciumnya.. Terbang semua rasa sakit bila dimanjakan...buat-buat sakit, saja nak bermanja dan mengada-ngada sikit.
Tiba-tiba saja lagu kegemaran kami `Antara Anyer dan Jakarta’ Shiela Majid berkumandang di radionya, kami ikut sama menyanyi bersama-sama. Hilanglah sudah cemburu, rajuk dan sakit kami ditelan merdunya suara Shela Majid, aku dan Irfan.
“Siapa yang nemanin ke Wisma Malaysia?” Irfan ingin memastikan aku berjalan berteman di Jakarta, bahaya katanya kalau sendirian.
“Sama anak-anak Malaysia yang lain. Ada acara makan-makan, ada anak pegawai yang meraikan hari lahirnya hari ini,” jawabku untuk meyakinkan dia, aku tidak sendirian.
“Apa perlu aku ngantarin?” Irfan menawarkan pertolongan. Belum puas hati dia dengan jawapanku.
“Ngak usahlah...kan ramai anak-anak tu, don’t worry my dear?” jawabku perlahan terus meyakinkan dia. Begitu mengambilberat sekali dia tentang aku.
Apakah sikapnya ini akan berterusan sampai bila-bila, atau bila sudah berjauhan dari aku, ke US sana, dia akan berubah jadi orang lain. Selalu timbul pertanyaan di dalam diri mengenai perubahan sikap yang mungkin akan berlaku. Amat menakutkan bila memikirkan hal ini. Tetapi bila diletakkan pada Qada dan Qadar Allah, hati jadi tenang dan tidak perlu lagi memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang menyakitkan. Berserahlah kepada Yang Maha Kuasa dan Maha Mengetahui. Lega hati dan jiwa.
“Benar nih? Sementara aku ada di sini dan bisa bantu, kamu bilang aja kalau mahu bantuanku ya sayang.” Aku mengangguk senang. Namun jauh di sudut hati, setiap kali dia bercakap tentang ketiadaannya di sini, hati aku jadi kosong dan melayang. Hampa rasanya.
Sesungguhnya memang benar, cinta dan kasih sayang itu boleh membuatkan hidup ini jadi sangat indah, ceria, bersemangat, bahagia dan bermakna sekali. Bagaimana hidup boleh diteruskan dengan bersemangat, ceria, bahagia dan bermakna jika hanya tinggal cinta di hati tetapi jasadnya tiada di sini, untuk menzahirkan kasih dan sayang. Huh...sebu rasa hati....sebak dadaku. Sudah hampir tiba suasana ini dalam hidupku. Cuma tinggal beberapa minggu sahaja lagi. Huuuhhhh.......Irfan, jangan tinggalkan aku.
Sudah sampai di kostku. Seperti biasa sangat berat hendak melepaskan Irfan pergi. Rasa sayangku semakin menebal dan rinduku kepadanya hampir setiap detik. Susah mahu mengucapkan selamat tinggal atau selamat jalan kepadanya. Janjinya besok dia akan menjemputku ke rumahnya jam 3 petang.
Aku melangkah longlai ke kostku. Makin lama makin longlai. Nanti malam, selepas Maghrib, kami ramai-ramai, berlima sebenarnya, aku, Lukman, Rodzi, Milah dan Sharifah akan ke Wisma Malaysia. Setiap kali ada acara di sana kami akan pergi bersama-sama pada petang atau selepas Maghrib.
Kalau acaranya selesai lewat, kami akan menginap di bilik-bilik yang tersedia di Wisma Malaysia, itupun kalau ada yang kosong. Kalau cepat habis, kami akan terus balik, tidak selesa di Wisma Malaysia kalau terlalu ramai. Biasanya kami akan memberi ruang untuk pelajar yang tinggal lebih jauh dan tidak sempat pulang ke rumah, apabila acara habis lewat.
Ada masalah juga di Wisma Malaysia tu, sepatutnya hanya tempat menginap sementara atau berkumpul kalau ada acara-acara tertentu sahaja, tetapi ada orang yang menjadikan Wisma Malaysia seperti tempat tinggal mereka. Walaupun mereka membayar sewa, tetapi akan mengganggu orang-orang lain yang berniat mahu transit di sini.
Sampai di bilik kostku, merehatkan badan seketika sebelum mandi, sambil mata merenung mawar merah yang tergantung di dinding, hujung katilku. Indah sekali. Makin direnung semakin hidup dan cantik warnanya, serta kelopaknya tersusun cantik.
Subhanallah, pandainya pelukis ini. Betul-betul anugerah Tuhan untuknya. Keindahan mawar merah ini melambangkan betapa indahnya Irfanku juga, semakin kurenung semakin menarik, seperti juga Irfanku, betul. Itulah yang menyebabkan aku semakin sayang kepadanya. Satu lagi, lagu Sekuntum Mawar Merah dendangan Alleycats, juga sangat suka aku mendengarnya. Terasa meresap ke seluruh jiwaku apabila penyanyinya mendendangkan lagu ini, indah sekali melodi dan liriknya, yang juga berkaitan dengan mawar merah. Kenapa istimewa sangat mawar merah ni? Entahlah......
Selesai mandi dan solat, aku merebahkan diri di katil bujangku sambil sekali lagi merenung mawar merahku. Aku menekan tombol kasetku yang kubeli dengan harga Rp250,000, berjenama Sony. Di dalamnya telah kuletakkan kaset lagu Alleycats, yang mana aku telah setkan lagu Sekuntum Mawar Merah. Kukecilkan volumenya supaya dapat menemani aku melayan perasaan sambil merenung mawar merahku. Adoi....merdunya lagu, syahdunya jiwa. Akhirnya aku terlelap dalam ulikan lagu mawar merah dan lukisan mawar merah pujaan hatiku.
Aku dikejutkan suara bising Lukman memanggilku makan mee hoon goreng, hasil tangannya di petang ini. Aku masih kenyang sebenarnya, tadi makan pempek palembang dengan Irfan banyak betul. Tetapi aku bangun untuk mengambil hati Lukman, sahabat dan jiran yang sangat budiman aku rasakan. Biasanya orang yang sangat baik ini, umurnya tidak panjang, cetus hatiku. Hisss...selisih malaikat empatpuluh empat, semoga itu tidak menjadi kenyataan, hanya cakap-cakap orang sahaja.
Selepas makan, azan maghrib kedengaran dari surau. Aku balik ke bilik selepas berterima kasih dengan Lukman. Cepat-cepat solat dan berpakaian yang sesuai untuk majlis malam ini. Kasual saja, baju blaus warna pink dengan sedikit ropol-ropol di bahagian leher. Seluar baggy warna putih dari kain sutera lembut. Sesuai dengan majlis parti kanak-kanak. Sentuhan terakhir untuk muka dan semburan minyak wangi Anais, hadiah hari jadi dari seorang kawan. Siap.
Lukman dan Rodzi sudah siap. Hanya menunggu dua dara teman serumahku. Setelah semuanya bersedia, kami melangkah ke Margondaraya menunggu bas mikrolet ke Pasar Minggu, kemudian ke Sarinah dan mengambil bajai ke Wisma Malaysia. Sampai di Wisma, sedang elok, majlis akan bermula. Mata tetap mengawasi jam untuk ke angka sembilan malam. Menunggu panggilan Roslan, takut terlepas, kasihan pula dia. Apapun, dia tetap kawanku, kerana dia baik dan sangat menghormati aku.
‘Birthday girl’ sudah potong keknya, berarti sudah kemuncak acara majlis. Ketika semua orang mulai mengambil makanan masing-masing, Pak pengawal memanggil aku, ada telefon katanya. Aku berjalan pantas menuju ke arah telefon, sambil membawa bersama makanan yang telah kumasukkan ke piring. Duduk di sofa sebelah telefon. Suara Abang Roslan sayup kedengaran. Tiba-tiba hatipun jadi sayu, mendengar suaranya dan melihat kesungguhan dia menghubungiku selalu, walaupun jaraknya jauh sekali.
Perbualan kami seperti biasa. Bertanya khabar masing-masing. Kata Roslan melepaskan rindu, tapi bagiku bukan melepas rindu, hanya mendapatkan khabar terkini tentang dia dan keadaan di New York ketika ini. Tidak mengapalah kalau dia rindu, bukan boleh ditahan atau disekat kemahuannya orang. Kalau sudah bosan, akan berhentilah dia merinduiku. Atau mungkin aku pulak akan merinduinya? Tidak ada perkara mustahil dalam hidup ini. Lama juga Roslan menelefon aku. Hampir satu jam kami berbual-bual kosong. Sudah habis idea aku untuk berbual-bual dengannya. Piring makananku pun sudah kosong.
Akhirnya dari rasa seronok, timbul rasa mengantuk. Mungkin lama sangat, jadi mengantuklah pulak. Maaf Abang Roslan, sesungguhnya aku tidak berniat untuk mengabaikanmu. Aku hanya manusia biasa yang sangat banyak kekurangan dan kelemahanku. Akhirnya kami menamatkan perbualan kami dengan Roslan memintaku menunggunya telefon lagi. Aku hanya mengiakan sahaja. Terpulanglah mengikut kelapangan dia. Sebenarnya seronok juga berbual-bual dengannya.
Kawan-kawan mengajak aku balik kerana terlalu ramai pengunjung yang datang ke Wisma Malaysia hari ini. Tiada bilik kosong untuk kami tidur. Jam menunjukkan pukul 10.45 malam. Sudah lewat sangat, tetapi kena balik juga, tidak mungkin dapat tidur di sini. Sangat penuh.
Lukman sudah memanggil teksi. Naik berlima satu teksi. Kami berlepas pulang setelah bersalam dengan semua yang ada pada hari itu, terutama si cilik `birthday girl’ dan mengucapkan terima kasih kepada ibunya.
Hampir pukul dua belas sampai ke rumah, cuci muka, solat isyak, pakai bedak sejuk dan terus baring. Mata tetap merenung mawar merah di hadapanku. Mawar yang selalu tersenyum kepadaku, mengubat kerinduan untuk orang-orang yang kusayang. Akhirnya boleh melelapkan mata dengan tenang dan senyuman terukir dibibir.
Pagi-pagi boleh bangun dengan tenang. Tidur cukup, hati senang. Nanti petang akan bertemu bakal ibu dan bapa mertuaku. Selesai mandi, kedengaran suara bising di rumah sebelah. Aku menjenguk, oh..rupa-rupanya ada Faiz, Fuad dan beberapa orang kawan Malaysia yang lain. Akupun ikut sama memeriahkan suasana, sambil membawa tin biskutku dan secawan nescafe, sarapan pagiku. Aku mempelawa Faiz makan biskut kering yang kubawa. Akhir-akhir ini Faiz sering datang ke kost kami, berbual-bual dan berkumpul di sini. Sunyi agaknya di kost dia yang terpencil dan jauh ke dalam.
Di atas meja ada lempeng goreng Lukman dan ubi rebus yang diberi ibu Abri. Aku mempelawa mereka makan biskut dan Lukman ke dapur, buat air teh lagi, tambah, tekonya telah kosong. Seronok juga makan beramai-ramai walaupun makanan yang ringkas dan murah sahaja. Itulah nikmatnya dari hubungan silaturahim atau membina hubungan baik sesama manusia.
Tengahari pula kami sama-sama konvoi, ke rumah makan minang di Jalan Margondaraya. Makan nasi dengan ayam gulai minang dan daging dendeng. Teringin minum teh botol, lama tak minum. Masing-masing makan dengan seleranya. Semuanya jenis kuat makan. Mungkin sampai Rp10,000 atau lebih kurang RM 15 seorang agaknya.
Balik berehat seketika sementara menunggu Irfan menjemputku. Baring sambil merenung mawar merahku, damainya hati. Mata sudah layu disebabkan perut penuh diisi, malas nak berfikir, layan perasaan mengantuklah, lalu mata terpejam.
Terjaga hampir jam 2.20 petang. Sedang elok bersiap sedia untuk ke rumah Irfan. Mandi dan berpakaian, sesuai dengan pertemuan keluarga. Berjumpa dengan ibubapanya. Pakai seluar panjang dan blaus putih sesuai rasanya. Aku mesti bersiap cepat-cepat kerana seperti biasa Irfan akan tepat pada masanya. Janji pukul tiga petang. Pukul 2.50 petang, aku harus menunggunya di Jalan Margondaraya. Tidak boleh lambat. Malu dengan dia.
Betul, kurang lima minit pukul tiga, Irfan sudah sampai. Seperti biasa kami menuju ke rumah Irfan di Pondok Indah dengan selamatnya. Aku disambut ibu dan bapanya dengan mesra sekali. Memang keluarga mereka jenis yang meraikan tetamu. Aku dipeluk erat oleh mamanya. Begitu juga papanya, mengusap-usap kepalaku ketika aku mencium tangannya. Bahagianya rasa hati ketika berada di dalam keluarga ini. Moga-moga ini bukanlah hanya permulaan tetapi akan berterusan sampai bila-bila. Amin.
Majlis makan malam keluarga bermula. Tidaklah ramai. Hanya keluarga terdekat, termasuklah aku, yang mungkin sudah dianggap keluarga terdekat. Aku diperkenalkan kepada dua keluarga terdekat, Tante (ibu saudara sebelah mama) dan Om (bapa saudara sebelah ibu) serta dua orang ibu saudara sebelah papanya, bersama-sama anak mereka lima orang semuanya. Semuanya tiga belas orang ahli keluarga terdekat, tambah lima orang ahli keluarga Irfan dan aku. Ya...hanya sembilan belas orang semuanya.
Kami hanya makan dan berbual-bual sama sendiri, mengeratkan hubungan sesama kami. Dapat aku rasakan, hubungan aku dan Irfan sudah diperbincangkan sesama mereka.
Buktinya, ketika soalan-soalan diajukan oleh tante-tentenya, seperti sudah dimaklumkan mengenai hubungan kami. Tak kisahlah apa pun, yang penting aku rasakan keberadaan aku di sini menyenangkan mereka dan aku senang, cukuplah dulu setakat ini, sebagai permulaan sebuah perhubungan persaudaraan.
Aku dihantar pulang oleh Irfan sudah lewat malam. Sebelum pulang, mama Irfan mengingatkan aku supaya datang hari Jumaat nanti untuk majlis kesyukuran keluarga. Aku mengiakan sahaja sambil bersalaman dan mengucapkan selamat malam kepada semua yang ada. Sampai di rumah sudah hampir jam 12 malam.
“Jangan lupa Jumat nanti aku jemput kamu ke rumah...” Irfan mengingatkanku.
“Ada apa?” Tanyaku kebingungan
“Waduh...kan tadi ibu udah bilang,” balas Irfan. Aku memang betul-betul lupa.
“Kamu sih....lupa lagi tuh...acara kesyukuran.....arisan di rumahku...dalam rangka kesyukuran aku lulus dan mama papa pulang, kumpul sama famili....” Irfan menjelaskan, masih sabar dia dengan aku yang mudah lupa.
“Oh, ok....nggak lupa cuma nggak ingat,” jawabku.
“Apa nggak sama lupa sama nggak ingat?” Ejek Irfan. Aku hanya ketawa, menyedari kelemahan sendiri.
Irfan akan menemani aku dan memerhati dari jauh untuk memastikan aku selamat masuk ke rumah, barulah dia akan berlalu. Seperti biasa, kami berpisah dan berjanji untuk berjumpa lagi, hari Jumaat nanti.
Setelah siap mandi dan solat, merenung mawar merah di depanku dengan tenang. Akhirnya aku melelapkan mata dalam keadaan yang tenang kerana apa yang aku lalui hari ini sangat mengembirakan hati.
***********
Jumaat yang mencemaskan juga bagiku. Maklum, hari ini lebih ramai keluarga Irfan dan kawan-kawannya akan berkumpul sempena arisan keluarga dan kesyukuran keluarga mereka. Takut sangat menemui ahli keluarganya yang akan menyesakkan nafasku, atau yang terlalu banyak soalan-soalan yang merimaskan aku.
Namun alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Aku tetap menerima layanan kelas satu bersama-sama keluarga ini. Mereka seolah-olah satu hati dalam setiap perkara. Apakah mungkin ini tradisinya keluarga Jawa. Irfan hanya tersengih ketika aku kemukakan soalan ini. Akhirnya dia menjawab, “nggaklah Nur, hanya kebetulan adem.” Aku tidak tahu apa maksudnya dan tidak sempat bertanya, dia sudah berlalu dipanggil kawannya. Keriuhan dan keramahan yang ditunjukkan merupakan perkara yang amat menyenangkan aku.
Di Malaysia, aku jarang sekali dapat berkumpul dengan ahli keluarga yang ramai kerana kami lebih menumpukan kepada kerja kami mencari rezeki. Jarang sekali mak menutup kedainya, kecuali untuk sesuatu hal yang resmi sahaja. Kalau ada kematian atau kenduri perkahwinan ahli keluarga terdekat sahaja, maka mak akan menutup kedainya. Sebenarnya mak juga jauh hati dengan ahli keluarga terutama sebelah ayah, ketika mak dalam kesusahan, tiada yang sanggup menolong mak. Akhirnya mak lebih suka membawa hal sendiri, hati tidak sakit katanya. Kami hanya akur menerima apa kata mak, kerana dia yang melalui semuanya.
Ketika majlis hampir berakhir, Irfan naik ke biliknya untuk mandi sebelum menghantar aku balik, sudah berbau badan katanya. Memang betul, sibuk sekali dia melayan tetamu yang hadir tadi, maklum ini majlisnya, ramai kawan-kawannya yang datang. Kawan-kawan SMA (Sekolah Menengah Atas) dan SMP juga ramai yang datang. Aku tidak mengenali mereka kerana mereka belajar di universitas yang berlainan.
Aku melangkah satu demi satu tangga ke tingkat atas untuk ke bilik Irfan. Mamanya meminta aku memanggil Irfan turun segera kerana kawan-kawannya sudah menunggu. Ada lagi yang baru datang, ingatkan sudah habis. Penat juga rasa kaki, maklum sudah seharian aku di rumah ini membantu apa yang patut untuk majlis doa selamat dan kesyukuran pemergian Irfan ke Amerika Syarikat.
Aku menuju ke bilik Irfan yang terletak di hujung sekali. Aku mengetuk pintu, memanggil Irfan beberapa kali. Masih belum menyahut ini anak. Cuma kedengaran bunyi air mencurah dari bilik airnya, mungkin sedang mandi dia, sebab itulah lama benar dia di biliknya. Aku membuka pintu biliknya yang tidak berkunci setelah lama menunggu, dan panggilanku tidak berjawab.
Daun pintu bilik kutolak perlahan. Cantik kemas tersusun bilik tidur buah hatiku ini. Senang mataku memandangnya. Senang hatiku bila memikirkan nanti aku tidak perlu bersusah-payah mendisiplinkan si suami untuk menjaga bilik supaya rapi, tuala mandi tersidai, baju seluar kotor dimasukkan ke dalam bakul pakaian kotor yang sudah tersedia. Mataku terus menelusuri setiap sudut dan dinding. Tiba-tiba hatiku berdegup kencang apabila di satu sudut tergantung satu objek yang tidak kuharapkan akan kutemui disitu.
Ya Allah, apakah maksud yang tersirat disebalik apa yang kulihat di depan mataku ini. Tolonglah...bukan itu maksud sebenarnya. Hanya dia suka-suka meletakkan di situ. Aku tidak sanggup menerima semua ini kalaulah ia benar seperti apa yang bermain difikiranku. Lututku mula terasa lemah dan menggigil. Nafasku juga sesak. Aku keluar dari bilik secepatnya untuk menenangkan diriku sendiri. Kalau ini benar, akan hancurlah hidupku sekali lagi.
Ya Tuhan, tolonglah aku hambaMu yang lemah ini. Janganlah aku diuji lagi, cukuplah, aku tidak sanggup lagi.
Nor Aizan Ab. Halim, Bandar Baru Bangi, 26 Disember 2011.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar